
Berbanding dengan gaya hidup yang sibuk, saya lagi suka cara hidup zaman dulu yang tiada telefon pintar atau alatan elektronik. Pada masa dulu, jarak di antara hati manusia adalah lebih dekat dan manusia boleh berjumpa secara bersemuka. Marilah kita kembali ke gaya hidup zaman dulu. Berikut ialah 3 cara untuk mencari balik keseronokan hidup.
1. Meletakkan Telefon Pintar Sebelum Tidur
Ramai orang yang menamatkan hari yang sibuk akan menikmati waktu dengan diri sendiri dengan bermain telefon pintar sebelum tidur. Cuba fikir, sama ada ini dapat melegakan tekanan atau menambahkan tekanan? Cuba kita letakkan telefon pintar dan berbual-bual dengan ahli keluarga atau memelihara tabiat membaca sebelum tidur. Biarlah mata kita rehat seketika dan memperkayakan hidup.
2. Menetapkan Sasaran Memasak
Gaya hidup yang serba pantas ini menyebabkan kita tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Sebenarnya, kemalasan adalah alasan sahaja. Walaupun kerja sangat sibuk, kita masih boleh memasak sesuatu yang enak pada hujung minggu. Kita perlu mencari keseronokan hidup dan makanan adalah salah satu barang yang boleh mengembuhkan rohani kita yang penat. Oleh itu, sila tetapkan sasaran memasak mingguan apabila kamu ingin memasak mee segera.
3. Jangan Menaip apabila Mempunyai Peluang untuk Menulis
Menulis ialah sebahagian keseronokan hidup. Dalam era globalisasi yang modern ini, manusia lebih cenderung untuk menggunakan telefon pintar untuk merekod dan peluang untuk menulis semakin berkurang. Sila imbas kembali, sudah berapa lama kamu tidak menulis? Kita boleh cuba menulis hal-hal harian dalam buku nota. Menulis bukan sahaja dapat menenangkan fikiran malah juga dapat mencungkil perasaan apabila kita membaca kembali apa yang ditulis.
Sumber artikel:Berita Harian See Hua,06/04/2021