Burung Unta yang Tidak Seberapa? 

Penulis:穆香怡

Biasanya burung unta memberi kita gambaran yang negatif. Ia ialah sejenis burung tetapi ia tidak dapat terbang. Walaupun bulu menutupi seluruh tubuhnya tetapi sayapnya telah merosot dalam proses evolusi. Ia membenamkan kepalanya dalam tanah dan memberi orang tanggapan bahawa ia tidak mempedulikan kewujudan satu masalah dan tidak mengambil apa-apa strategi untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, tertimbulnya frasa “umpama burung unta”yang digunakan untuk mengejek penakut yang menafikan fakta jelas dan melarikan diri dari realiti.

Selain dari dua ciri yang memberi orang gambaran yang negatif, sebenarnya burung unta juga mempunyai beberapa kelebihan.

Burung unta memiliki kemampuan untuk berlari dengan pantas, hingga mencapai 50-70 kilometer per jam, lebih pantas berbanding dengan antelop dan kuda belang. Burung jantan merupakan bapa yang baik. Pada musim pembiakan, burung jantan akan membina sarang dan juga bertanggungjawab mengeram telur. Ini adalah kerana warna burung unta jantan lebih gelap dan tidak begitu senang dikesan oleh binatang buas. Telur burung unta hampir mencapai satu kilo. Kulit telurnya sangat keras dan tidak akan pecah meskipun seorang manusia berdiri di atasnya.

Selain itu, burung unta sangat berwaspada dalam menghadapi bahaya. Mereka mencari makanan secara berkelomopok dan bergilir-gilir makan. Sesetengah burung unta akan menunduk kepala mencari makanan manakala sebahagian burung unta akan mengawasi persekitaran. Mereka bergilir-gilir makan dan mengawasi sehingga semua burung unta telah kenyang makan. Selepas memerhatikan “sikap burung unta”, didapati mereka mempunyai banyak kelebihan dan bukannya tidak berguna seperti di dalam tanggapan.

Kita juga mempunyai tanggapan yang sama terhadap manusia. “Bolehkah kamu lakukan?” ialah frasa yang popular. Frasa yang mudah ini sebenarnya mempunyai maksud di sebaliknya. Ia mempersoalkan kemampuan seseorang dan secara tidak langsung bermaksud “kamu tidak dapat melakukan”. Sebenarnya, orang yang kelihatan tidak seberapa juga mempunyai kelebihan kerana Tuhan mencipta setiap manusia mengikut keistimewaannya. Tiada orang yang “tidak seberapa”. Kelebihan seseorang perlu dicungkil.

Kembali kepada topik burung unta. Mengapa burung unta membenamkan kepalanya dalam tanah? Burung unta tidak mempunyai gigi. Oleh itu, burung unta harus menelan pasir untuk membantu pencernaan makanan. Selepas membaca artikel ini, adakah sekarang kamu mempunyai tanggapan yang berlainan terhadap burung unta?

Sumber artikel:No.43《每日活水》,心灵捕手,校园书房出版社

About the author