Hargai Sumber Air 

 “Satu cawan air utuk menggosok gigi!” Sempena Hari Air Sedunia, ini adalah iklan dari satu mesin penapis air yang kerap didengar dari radio kebelakangan ini. Irama ini sentiasa pusing di dalam kepala saya. Saya juga berbual dengan kawan tentang kemungkinan untuk memberus gigi hanya dengan menggunakan secawan air.

Kawan saya pun menjawab: “Tentulah dapat. Bukankah kita buat begitu semasa gangguan bekalan air.” Saya pun teringat masalah gagguan bekalan air yang berlaku di rumah dan syarikat pada beberpa bulan yang lepas. Walaupun hanya untuk beberapa jam, ia telah membawa ketidaksenangan. Kita sudah biasa dengan air bersih yang keluar dari paip apabila ia dibuka. Oleh itu, kita akan rasa tidak biasa apabila terdapat gangguan air.

Semua orang dapat menjimatkan air ketika bekalan air terjejas untuk memastikan setiap titis air digunakan dengan betul. Contohnya, mempraktikkan penggunaan setengah atau secawan air untuk menggosok gigi, tidak membiarkan paip terbuka ketika mencuci tangan dan menggunakan air yang ditadah dalam besen.

Ramai yang dengan sengaja menahan buang air besar dan air kecil disebabkan tiada air untuk pam selepas menggunakan tandas. Saya masih ingat ada sekali selepas bersenam, saya pun balik ke rumah degan tergesa-gesa untuk mandi. Apabila sampai ke rumah, saya pun diberitahu bahawa terdapat gangguan bekalan air. Saya terpaksa membawa baju dan peralatan mandi ke gim untuk mandi.

Sebenarnya, kita hanya mengalami gangguan bekalan air untuk beberapa jam. Sehingga kini, ada 2.1 bilion orang tidak mempunyai air yang bersih. Kira-kira 4 bilion orang mengalami gangguan bekalan air yang teruk untuk sebulan dalam masa setahun. Pada bulan April 2021, krisis kekeringan air melanda Taiwan. Paras air di dalam hampir 11 empangan turun sebanyak tiga suku.

Perkara yang kita biasa lakukan tidak bermaksud ia perkara yang benar. Kita dapat menjimatkan setiap titis air apabila bekalan air terjejas. Kita juga tidak boleh membazirkan air apabila bekalan air pulih. Kesedaran penjimatan air yang rendah di kalangan rakyat, termasuk saya sendiri, adalah disebabkan oleh sumber air yang kaya di Negara kita dan bil air yang murah.

Marilah kita menukar tabiat menggosok gigi, mandi dan membasuh pinggan mangkuk. Penjimatan air bermula dari perkara yang kecil. Setiap titis air perlu dihargai!

Sumber artikel: Harian Sin Chew, 情怀大地
Penulis: 林慰,20190306

About the author