Hidup seperti siput 

Hidup seperti siput

Qing Jie berkata dia pernah satu spesies

yang dipanggil slug melihat dalam buku, dia rasa ia amat berbeza dengan semut. Slug juga dikenali sebagai siput, badan bulat pajang, tiada cangkerang. Siput selalunya keluar pada waktu malam, makan daun tumbuh-tumbuhan, kurang bergerak, sekiranya dilanda air, tidak menentang, tidak begerak apabila bertemu dengan batu kecil. Berbanding dengan semut, siput memang malas! Patutlah perut siput besar, pinggang semut kecil.

Ramai pelajar mengatakan diri sendiri kurang pandai, daya ingatan lemah, keupayaan menyerap lemah, saya rasa semuanya ada pengaruhnya, tetapi sebab utamanya adalah kerana malas! Adakah kamu bersetuju? Qing Jie mengatakan semut seumpama orang yang rajin; siput seumpama orang yang malas, bagaimanakah denga kamu? Adakah kamu rasa kamu semut atau siput?

Saya ada gaya sendiri!

Orang malas 001

Xiu Xiu selepas pulang dari sekolah, membuang begnya, perkara yang pertama adalah berbaring dia atas katil dan tidur. Namun dia sering tidur tanpa kesdaran, tidak akan sedar sekiranya tidak sampai dua tiga jam. Ibu bapa panggildia, dia berkata: “Saya letih~”, selepas it uterus tidur. Pada hujung minggu dia lebih hebat, tidak tidur sampai waktu makan tengah hari tidak akan sedar diri. Dia sering tidak menghabiskan kerja rumah, tidak berlatih. Kalau kamu kata dia malas, dia akan mengatakan: “Kenapa? Suka tidur bersalah?”

Orang malas 002

“Kerja rumah perlu sendiri lakukan? Salin sahajalah! Peperiksaan perlu berusaha belajar? Menipu dah dapat lulus!” Ini seolah-olah menjadi kata-kata Ah Si. Ah Si malah rasa diri adalah “pelajar pintar”, rasa diri sendiri istimewa, tidak perlu berusaha dah dapat keuntungan, tetapi dia tidak sedari dia tidak dapat mengikut pelajaran…

Orang malas 003

Guru mengajar beberapa kali, Tianli yang malas berfikir selalunya mengangguk kepalanya, merenung, berkata: “Saya tidak tahu, saya tidak faham.” Tianli tidak ingin meluangkan masa untuk membuat kerja rumah, dia juga biasa dengan tidak menggunakan otak berfikir, dia rela memilih percaya dia adalah “bodoh” daripada mengakui dia “malas”.

Saya selalunya memberitahu orang: “Dunia ini hanya ada pelajar yang malas, tiada pelajar yang bodoh! Sudah tentu, ramai pelajar yang malas tidak bersetuju, kerana mereka memilih menjadi “pelajar bodoh”, agar dapat memujuk diri sendiri. “Bodoh”, seolah-olahnya dilahir begitu, tidak dapat diubati; tetapi “malas”, boleh diubah, ramai orang yang malas malas berubah, memang menyedihkan!”

Terdapat tiga jenis pelajar malas di atas, bagaimanakah dengan kamu? Adakah kamu juga dalam senarai orang malas di atas?

.Saya selalunya memberitahu orang: “Dunia ini hanya ada pelajar yang malas, tiada pelajar yang bodoh! Sudah tentu, ramai pelajar yang malas tidak bersetuju, kerana mereka memilih menjadi “pelajar bodoh”, agar dapat memujuk diri sendiri. “Bodoh”, seolah-olahnya dilahir begitu, tidak dapat diubati; tetapi “malas”, boleh diubah, ramai orang yang malas malas berubah, memang menyedihkan!”Terdapat tiga jenis pelajar malas di atas, bagaimanakah dengan kamu? Adakah kamu juga dalam senarai orang malas di atas?

Membuat latihan tetap

Malangnya, ia fenomena yang umum. Pada masa ini, ramai pelajar tidak belajar semasa dalam kelas, berbisik dengan kawan, malah berbual-bual, semua kerja rumah salin dan hantar, tidak pernah berusaha. Apabila peperiksan menghampiri, dia memberitahu guru bahawa dia tidak faham untuk mendapat simpati. Adakah kerja rumah terlalu susah atau guru tidak tahu bagaimana mengajar? Fikirkan, adakah kamu juga begitu? Adakah kamu juga seorang pelajar yang tidak bertanggungjawab dan malas?

Membuat kerja rumah (ataupun membuat latihan tetap) adalah tanggungjawab setiap pelajar, kerana ingatan akan hilang dari semasa ke semasa. Secara amnya, ilmu baru sekiranya tidak dilatih, selepas sehari hanya 50 peratus ingatan yang tinggal, selepas sebulan, mungkin kurang daripada 20 peratus. Dalam erti kata lain, semakin awal berlatih, semakin berkesan, kerana ingatan kamu telah dikukuh sebelum terlupa. Secara umum, sebaik-baiknya berlatih dalam enam jam. Ramai pelajar mengadu kerja rumah banyak, susah, sebenarnya adakah ia kerana diri malas, tidak ingin bertanggungjawab? Saya rasa, semua pelajar patut berfikir tentangnya.

Tidak membuat latihan adalah malas. Malas selalunya menyebabkan pembaziran masa! Ada pelajar yang berkata dengan sombong: “Saya begitu muda, masih ada masa.” Memang tamai pelajar berharap masa dapat berlalu dengan cepat, agar masa pembelajaran yang menyeksakan dapat tamat secepat mungkin. Namun, membazir adalah membazir, tidak kira betapa kaya modal kamu. Adakah kamu pernah berfikir: setiap saat yang berlalu bermaksud kurang sesaat kehidupan?

Masa adalah kehidupan

Richard Buster berkata: “Adakah kamu menghargai kehidupan? Kalau ya jangan membazirkan masa, kerana kehidupan terdiri daripada masa.” Menghargai masa adalah menghargai kehidupan; membazir masa adalah membazir kehidupan. Orang yang malas selalunya berasa masa terlalu banyak, malah melakukan perkara yang tidak bermakna dan tidak berfaedah, tidak ingin berfikir bagaimana menggunakan masa.

Ramai pelajar sanggup meluangan masa untuk menonton filem, melayari internet, membeli-belah, berbual, bermain permainan video/komputer mengejar idol, tetapi tidak sanggup membuat kerja yang berfaedah seperti membuat latihan, membaca buku yang berfaedah, memerhati peristiwa-peristiwa semasa, bersenam, melakukan kerja rumah. Akibatnya, mereka tidak apat berkembang dengan seimbang dari segi bijaksana, badan, rohani, kumpulan, mereka selalunya suka mencari peluang, berharap dapat berjaya dengan senang. Oleh tu, orang lain menggunakan sejam untuk membuat kerja rumah, mereka menggunakan sepuluh minit untuk menyalin, malah bergembira, berbangga kerana rasa mereka dapat melakukan banyak perkara dalam masa yang singkat! Apakah pengakhiran pelajar seperti ini? Apabila peperiksaan menghampiri, mereka baru mendapati mereka tidak tahu apa-apa, mesti belajar semula. Tetapi masa terlalu singkat, apakah yang boleh dilakukan? Mereka hanya boleh mengingati apa yang mereka rasa penting, kemudian pergi menyertai peperiksaan. Tetapi, tanpa penyediaan yang mencukupi, bagaimana mendapat keputusan yang baik?

(Kitab) berkata: “Hargai masa, kerana dunia kini pernuh dengan kegelapan.” Kita hanya boleh menghargai masa kini, orang yang membazirkan masa adalah membazirkan peluang yang diberi oleh Tuhan, adalah orang yang tidak bijaksana.

Adakah kamu menghargai kehidupan?

Cara mengira (2) Masa = Kehidupan

Mengira masa yang diluang

Memandangkan masa adalah kehidupan, maka kita mest mengurus masa dengan baik. Mari kita meluangkan masa mengisi, bagaimanakah kita mengunakan masa kita!

Sehari ada 24 jam

Beberapa masa kamu luangkan…

Tidur
Menghadiri kelas Aktiviti luaran
Tuisyen Membuat panggilan Melayari internet
Menonton filemMelihat manga

Bermain permainan
video/komputer
Mendengar
lagu
Membaca surat
khabar
Membuat latihan
BersenamMembuat kerja
rumah
Berinterasi dengan ahli
Keluarga
Berbual

Lain-lain
(Sila senaraikan)

Cerita: Mahu hasil? Berusaha

Satu cerita dongeng Esop yang terkenal:Pada satu musim sejuk, sekumpulan semut berusaha mengeringkan bijirin yang telah basah, seekor cengkerik yang lapar datang, mengemis untuk makanan. Semut bertanya: “Kenapa kamu tidak mengumpul makanan pada musim panas?” Cengkerik menjawab dengan penuh keyakinan: “Saya sibuk pada masa itu, saya sibuk menyanyikan lagu mengembirakan semua orang.” Semut senyum dan berkata: “Kamu menyanyi pada musim panas, menarilah pada musim sejuk!”

Jelas sekali, perumpamaan ini menyeru kita agar menghargai peluang untuk bekerja, berusaha, baru ada hasilan. Bermain sedaya upaya? Bersedialah untuk lapar!

Bah kata pepatah: “Berusah berapa, berapa hasil yang didapat”, “kerja lebih baik sekiranya rajin, buruk sekiranya bermain”, orang tua dahulu telah ketahui bahawa tidak bole malas, walaupun ada alasan yang baik, tida dapat menyembunyikan. Cengkerik mah mengembirakan semua orang? Ia hanya penyanyi yang bermimpi menjadi idol! Ia hanya tahu menyanyi “musim sejuk akan lebih baik”, tetapi tidak rajin berusaha, malas, suka lari daripada bekerja.

Apabila menghadapi kesusahan, berkawan baik dengan orang lain, biasanya mengejek mereka tidak tahu menikmati kehidupan, hanya tahu berkerja. Memang ada ramai orang di dunia ini hilang diri selepas mendapat manfaat; menyalahkan orang lain enggan membantu apabila tidak mendapat manfaat, seolah-olah seluruh dunia hutang dia. Orang sebegini, hanya tahu mencari peluang, menyamar miskin, meminta simpati.

Mahu mendapat sesuatu, mesti melepaskan sesuatu. Tidak ingin berusaha, bagaimanakah boleh ada hasil? Semut telah bersedia untuk musim sejuk pada musim panas, ini menunjukkan bahawa orang perlu ada wawasan jangka panjang. Sekiranya hanya menikmati, maka bencana akan menimba kelak. Cengkerik berharap musim sejuk akan lebih baik, tetapi lupa musim sejuk yang baik adalah bermula dari musim panas.

Adakah ia bermaksud hiburan dan rekreasi adalah salah? Bukan. Kita mesti sentiasa ingat perkataan (Kitab): “Segalanya ada masanya.” Kita perlu melakukan perkara yang sepatutnya pada masa yang sesuai, barulah sesuai dengan masa yang diberi Tuhan.

Secara kesimpulannya, kalau ingin mendapat hasil, perlulah berusah. Seorang yang hanya tahu bercakap tidak mungkin dapat badan yang kuat. Cara mengira (3) Melepaskan sesuatu, barulah dapat sesuatu.

Melihat semut dengan teliti

Bukan sahaja dalam dongeng, Kitab juga menyebut tentang kerajinan semut. (Amsal) bab 6 kata 6-8 : Orang malas, pergilah lihat pergerakan semut, maka dapat kebijaksanaan. Semut tiada komander, tiada pemerintah, tiada raja, namum mengumpul makanan pada musim panas, mengumpul makanan pada musim tuai. Semut kecil, merupakan haiwan invertebrat. Semut yang dinyatakan dalam ayat merupakan individu yang sendiri berusaha, berdikari, melakukan masa mengikut masa, tahu berfikir untuk masa hadapan, kerja ada aturan, adakah kita rasa kadang-kadang kita tidak sebaik seekor semut?

Semut diiktiraf sebagai salah satu makhluk yang paling rajin, rajin berlari sepanjang hari, berkerja keras, tidak malas, tidak pernah kata letih. Melainkan mati akibat kemalangan, jika tidak, kita tidak akan melihat semut berhenti seketika. Tidak pernah melihat semut meninggalkan kumpulan pergi tandas atau minum teh!

Dikatakan bahawa, kerana sifat semut yang rajin, selagi semut masih bernafas, semut akan bekerja. Dalam erti kata ain, rajin merupakan cara semut hidup. Semut bekerja keras tanpa penyelia, tidak putus asa walaupun menghadapi halangan semasa mencari makanan, malah akan mencuba jalan lain. Kalau kamu tidak percayai, kamu boleh cuba, letakkan tangan kamu di tengah pasukan semut, semut yang dipisahkan bukan sahaja tidak akan huru-hara, malah akan melencong, dengan tujuan untuk menyertai pasukan di hadapan. Ahli biologi berkata kerajinan semut menjadikan semut ada daya hidup yang kuat, kaum ramai. Bukankah kita perlu belajar kerajinan semut?

Artikel di atas menyatakan tentang semut tahu menyediakan makanan pada musim panas, ia menunjukkan semut mempunyai rancangan jangka panjang. Mereka tahu membuat penyediaan pad musim panas, mengumpul bijirin semasa musim tuaian, agar semut boleh berehat semasa musim sejuk, membahagikan makanan, tidak risau makan, tidak risau sejuk. Selepas musim sejuk, datanglah musim bunga, semut boleh melalui tahun baru dengan gembira. Tahu merancang, melakukan kerja mengikut jadual, faktor-faktor ini menentukan kejayaan semut. Mari kita berfikir dengan baik: Apakah yang Tuhan mahu kita belajar dari semut, belajar pengajaran apa?

Jom! Sekarang pergi lihat pergerakan semut, dapatkan kebijaksanaan!

Cara mengira (4) rajin= kebijaksanaan.

Jangan menjadi pemalas

Selepas melihat semut, mari membuat penilaian diri! Adakah kamu rasa kamu orang yang rajin atau malas? Ada orang yang lebih teruk, selalu dimarahi guru malas, tetapi diri tidak rasa begitu, adakah kamu salah seorang daripadanya? Orang yang malas selalunya ada “tanda-tanda”, marilah kita lihat, menjadinya ingatkan, membuat perubahan yang sesuai!

Sentiasa ingin melakukan yang paling sedikit

“Malas” bukan matlamat sesiapa, ciri malas hanya dapat dilihat semasa seorang bekerja. Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada orang yang malas, perkara yang pertama dia fikirkan adalah bagaimana melakukan yang paling sedikit, lebih baik kalau boleh menolak segalanya. Orang yang malas suka mencari kaedah senang, secara ringkas, tiada apa yang perlu dibuat bermakna bahagia! Orang yang malas rasa bekerja susah, mencederakan badan, selalunya tidak ingin terlalu rajin bekerja, mereka suka meluangkan masa tidur, atau berada di hadapan television. Bagi mereka, ia adalah suatu penikmatan, malah rasa tindakan ini adalah tindakan yang bijaksana.

Sudah tentu, ini bukan bermakna kita mesti bekerja susah, memilih jalan yang susah agar dapat menunjukkan kerajinan kita. Kita patut menggunakan kaedah yang paling senang untuk menjalani kerja kita, tetapi bukan mencari cara mengelakkan tanggungjawab, kurang bekerja. Bagi orang yang malas, setiap kerja adalah puncak yang tidak dapat didaki, bukan peluang.

Orang yang malas selalunya tidak rasa diri malas

Orang yang malas selalunya tidak ketahui, atau tidak rasa diri malas. Apabila ditanya, mereka dapat mempertahankan diri dengan baik, contohnya: Saya bukan malas, saya hanya tidak tahu buat, tiada masa buat, belum buat, lupa buat…mereka selalunya ada banyak alasan. bab 26 kata 16 berkata: “Orang yang malas lihat diri, lebih pandai daripada tujuh orang yang bijak.” Orang yang malas memang begitu sombong, menipu semua orang!

Orang yang malas gemar tidur

Apabila alarm berbunyi, orang yang malas selalunya memberitahu diri sendiri: “Tidur lama sedikit!”, “Bangun begitu awal walaupun letih, tentang akan menjejaskan restasi kerja hari ini.”, “Tidur lebih lama untuk perjalanan yang lebih panjang”…Akhirnya, tidur lama sedikit mungkin sejam, malah lebih lama. (Kitab)(Amsal) bab6 kata 9-11 berkata: “Orang yang malas, berapa lama kamu mahu tidur? Bilakah kamu bangun? Tidur lebih lama lagi, berehat, berbaring, kemiskinan datang seperti penjahat, kekurangan kamu seperti orang yang bersenjata datang.” Turut berkata: “Orang yang malas tidur lena akan kelaparan.” Seketika gemar tidur, nampaknya tidak mendatangkan mudarat. Tetapi kita mesti berfikir dengan serius, adakah ia hanya “seketika”? Adakah kesannya serius? Contohnya, tidur lebih lama sedikit mungkin menyebabkan kamu lewat; tidur lebih lama sedikit, mungkin menyebabkan kamu terlepas temu janji, menyebabkan kamu hilang kepercayaan orang lain; dan ramai “tidur lebih lama sedikit”, kamu membazirkan banyak masa yang berharga, masa yang tidak ternilai, terlalu lewat menyesal pada masa itu, tiada apa yang boleh kamu lakukan.

Selain itu, orang yang malas juga gemar tidur dalam kelas!

Orang yang malas tidak tahu menghargai masa

Orang yang malas rasa setiap hari adalah sama, sekarang dan kemudian tiada perbezaan. Oleh itu, mereka selalu suka menunggu sampai kemudian atau esok semasa melakukan kerja. Mereka tidak tahu bahawa ada banyak esok, perkara yang perlu dibuat banyak, kalau tidak dibuat secepat mungkin, tidak dapat diselesaikan. Perlu tahu, kalau tidak menjadi seorang penjaga masa yang baik, kita juga perlu menerang kepada Tuhan!

Jangan pandang rendah pada malas

Malas perlu menanggung kos

Situasi yang paling umum, sikap belajar orang yang malas tidak baik, menjejaskan pelajaran, masa hadapan. Mereka tidak sanggup berusaha, tidak membantu melakukan kerja rumah di rumah, tidak berusah belajar di sekolah. Tidak berusah dengan sendiri, tidak bertanggungjawab, ini memang akan menjejaskan perlakuan dan sikap, selepas itu, dia perlu menanggung kos bagi kemalasannya: lihat orang lain pergi belajar di universiti, memilih subjek yang disukai, mencari kerja yang baik, ada masa hadapan yang baik, dia hanya boleh berasa iri hati!

Orang yang malas mencari banyak alasan kerana malas, secara tidak langsung rasa tidak aman. Sebenarnya, ramai orang yang malas penuh dengan impian, ada keinginan yang kuat. Dia akan iri hati terhadap kejayaan orang lain, juga berharap diri boleh Berjaya, tetapi tidak ingin melakukannya. Selalunya kata: “Suatu hari nanti…”, tetapi hari itu tidak akan datang.

Mereka berfikiran negatif kerana begitu, tetapi memilih untuk terus malas, malah lebih teruk lagi. Dengan itu, mereka akan rasa kehidupan tidak bermakna, tiada matlamat, malah orang yang prihatin di sekelilingnya pun tiada apa yang boleh dilakukan, malah mingkin perlu menanggung kos sebab malas.

Malas menyebabkan orang di sekeliling dipengaruhi

Orang yang malas akan mempengaruhi diri sendiri, juga akan menyebabkan ibu bapa atau guru rasa bimbang. Kalau ada kerja atau laporan secara kumpulan, orang yang malas mempengaruhi prestasi sekumpulan kerana kemalasannya! Sebuah syarikat, organisasi, sekolah, kalau dalamnya ada majikan atau kakitangan yang malas, guru atau pelajar yang malas, tentu akan mempengaruhi kemajuan, perkembangan, reputasi. Sama dengannya, sebuah kerja kalau ada ramai jabatan yang malas, kakitangan yang malas, maka negara ini tidak akan maju. Kita mesti sentiasa ingat, jangan dikawal kemalasan…

Malas boleh dirawat

Kalau kamu dapati kamu ada “penyakit malas”, jangan bimbang, ia bukan penyakit yang tidak dapat dirawat. Penyakit malas seperti penyakit selesema, boleh dirawat, mudah dijangkiti, tetapi kalau dijangkit, mesti bermasalah. Bukankah? Kamu lihat orang di sekeliling menjalani kehidupan dengan senang, tetapi pengakhiran sama, adakah kamu tidak rasa marah? Malah ingin mencontohi?

Sebagai contoh, kamu menghabiskan seluruh hujung minggu untuk menyiapkan satu kerja rumah, mengorbankan masa lapang kamu. Akhirnya kamu dapati seorang pelajar bermain seluruh hujung mingu, tetapi masih menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan, malah dipuji. Kemudian kamu ketahui bahawa ada orang lain membantu pelajar itu menyiapkan kerja rumah, apakah perasaan kamu pada masa itu? Adakah kamu juga berharap orang lain membantu kamu menyiapkan kerja rumah?

Oleh itu, kita mesti berhati-hati tidak terjatuh dalam perangkap kemalasan. Selain belajar dari semut, mengamal kehidupan yang tidak gemar tidur, kita perlu mengetahui kemalasan bukan diwujudkan seketika, ia adalah dipupuk dalam masa jangka yang panjang tanpa diketahui. Oleh demikian, kita perlu mengatasi kemalasan, perlu tabah, menetapkan matlamat menghapuskan kemalasan. Jangan putus asa semasa mengalami kegagalan, terus berusaha, berjuang, asalkan ada kemajuan.

Di samping itu, ada pepatah yang mengatakan: musuh “menurut arahan” bukan degil atau derhaka, tetapi malas. Ya, kemalasan menyebabkan kamu tidak dapat menurut arahan Tuhan, tidak membenarkan Tuhan mengubah kamu. Selagi kemalasan menghuni hati kita, semua rancang mengubah tidak dapat dijalankan.

Sumber:The Youth Way Fasa 77

About the author