Kesaksian Ibu Magdalene 

 Salam Sejahtera dalam Kasih Yesus Tuhan Kita. Terlebih dahulu saya

mengucapkan selamat pagi dan Shalom. Puji dan syukur saya panjatkan kepada Tuhan Yesus dimana Dia memberi peluang bagi saya untuk mengongsikan kasih Tuhan dalam hidup saya melalui kesaksian ini.

    Nama saya Magdalene anak Magol. Saya adalah generasi yang pertama dalam keluarga yang telah menerima Tuhan Yesus. Sekarang sekeluarga saya sudah menerima Tuhan Yesus sepenuhnya. Walaupun saya orang yang pertama dalam keluarga yang telah menerima Tuhan Yesus, tetapi keluarga saya tidak pernah menghalang saya. Saya amat bersyukur kepada Tuhan Yesus.

    Saya menerima Tuhan Yesus pada tahun 1999, dan dibabptiskan pada tahun 2002. Saya menerima Tuhan Yesus melalui kawan, merekalah yang membawa saya ke jalan yang benar iaitu berjalan di dalam jalan terang Tuhan Yesus.

    Pada tahun 2000 saya telah berkahwin, suami saya dan keluarganya sememangnya anak Tuhan. Saya dikurniakan Tuhan Yesus 2 orang anak. Saya amat bersyukur kepada-Nya, kerana memberi saya sebuah keluarga yang bahagia. Sebagai anak Tuhan sememangnya kita tidak pernah lari dari percubaan.

    Ketika masa kecil, saya pernah buta selama sebulan. Bermacam-macam cara untuk menyembuhkan mata saya. Malahan juga menggunakan dukun ataupun bomoh. Tetapi tiada satu pun yang dapat menyembuhkan mata saya. Sampai satu ketika sepupu saya memberikan saya sabun mandi orkid, saya mengambil sabun itu dengan gembira. Setelah saya terhidu bau sabun itu saya dapat melihat cahaya sedikit demi sedikit.

    Saya memanggil ibu saya dan mengatakan yang saya dapat melihat. Mereka menangis kerana gembira. Saya amat bersyukur kepada Tuhan Yesus. Walaupun saya buta ketika itu, kasih sayang mereka tidak pernah luntur terhadap saya. Setelah saya menerima Tuhan Yesus, baru saya tahu itu Mukjizat dari Tuhan Yesus, bukan dari pada dukun ataupun bomoh.

    Mungkin saudara/saudari pernah mengalami apa yang saya lalui. Saya juga pernah hampir di patuk ular iaitu ular tedung selar. Akibat saya keinginan nak makan telur ayam. Namun begitu bapa saya yang berdiri dekat dengan saya sempat membunuh ular itu dengan menggunakan parang. Saya amat bersyukur kepada Tuhan Yesus kerana telah menyelamatkan nyawa saya ketika itu.

    Suami saya sememangnya anak Tuhan, tetapi terikut-ikut dengan duniawi. Dia suka minum-minuman keras dan mabuk serta merokok. Tetapi dengan berkat Tuhan, pada tahun 2008 bulan mei dia pun jatuh sakit demam panas. Dan daripada itulah dia mula berhenti merokok dan mabuk sehingga sekarang. Puji syukur kepada Tuhan Yesus yang telah menyembuhkannya dan menyelamatkannya.

    Anak saya yang bongsu seorang perempuan, dia mengalami jantung berlubang sejak lahir lagi. Kami sentiasa berdoa tentang penyakitnya. Selama tiga tahun kami berjumpa dengan doktor pakar, 2 bulan sekali tetapi dengan berkat Tuhan Yesus, pada tahun 2008 dpenyakit jantung berlubangnya telah sembuh dengan sepenuhnya. Puji Tuhan atas segala mukjizat penyembuhan daripada Allah Bapa.

    Kami pernah tidak mengikut Tuhan selama beberapa tahun, tetapi pada 27 Januari 2013 ini, Tuhan Yesus memanggil kami sekeluarga kembali kepada-Nya untuk beribadah bersama dengan saudara/saudari dan jemaah Tuhan yang seiman di dalam Yesus Kristus. Saya amat bersyukur atas apa yang terjadi ke atas keluarga kami kerana mambawa kami kembali dalam keluarga Kristian untuk terus berjalan bersama Tuhan Yesus, saat ini dan kekal selama-lamanya. Amin. Sekian dan Terima kasih. Tuhan Yesus Memberkati kita semua.

About the author