Konsep 1: Amalkan Tabiat Mencatat Perbelanjaan
Pertama, konsep pengurusan kewangan dan perbelanjaan perlu dipupuk supaya orang muda mengambil langkah proaktif untuk memahami pelbagai cara pengurusan kewangan.
Kedua ialah rekod perbelanjaan. Rekod perbelanjaan ialah langkah pertama dalam pengurusan kewangan. Jika seseorang tidak tahu bagaimana menggunakan wang atau tidak tahu perbelanjaan sendiri, maka pengurusan kewangan menjadi tidak bermakna. Ramai orang muda tidak mempunyai simpanan apabila tiba hujung bulan kerana mereka belum lagi memupuk tabiat perbelanjaan yang betul.
Cara perbelanjaan yang betul adalah asingkan sebahagian pendapatan untuk simpanan terlebih dahulu sebelum membelanja; dan bukannya menabung sebahagian selepas membelanja.
Konsep 2: Menabung Secara Paksa Rela
Terdapat pelbagai alat untuk simpanan paksa rela. Selain KWSP yang dikenali ramai, alat lain termasuk akaun simpanan tetap, pelaburan secara simpanan tetap bulanan ke dalam amanah saham dan menabung secara tetap ke akaun simpanan tertentu.
Kebaikan menabung secara paksa rela adalah menolong orang muda yang mempunyai kelemahan tidak dapat menyimpan wang, justeru dapat mengekalkan sebahagian aset.
Konsep 3: Perlindungan Insurans
Insurans dibeli demi menjamin masa depan yang masih tidak diketahui bagaimana kesudahannya. Kita tidak semestinya dapat membeli insurans apabila kita memerlukannya.
Dengan insurans, risiko yang mungkin dihadapi dapat dikurangkan ke tahap minimum. Jika polisi insurans yang mahal tidak dapat dibiayai, kita boleh mula dengan polisi insurans yang mampu dibayar.
Konsep 4: Insurans Tidak Bersamaan dengan Keuntungan
Kini, dengan perkembangan industri insurans, semakin banyak pelan insurans yang menggabungkan pelaburan dan dividen dikeluarkan. Pada masa kini, saham dan pelaburan lain kekal lemah. Ramai orang yang menggunakan insurans sebagai satu alat pengurusan kewangan. Mengejar keuntungan adalah tidak salah, tetapi kita perlu membezakan pelaburan dan insurans.
Konsep 5: Rancang Dana Persaraan Seawal yang Boleh
Kebanyakan orang muda berpendapat bahawa hari persaraan masih jauh. Namun begitu, masa berlalu dengan sangat cepat. Pendapat selepas bersara tidak dapat memenuhi kehendak hidup kita.
Selain KWSP, kamu juga perlu menyediakan sejumlah wang yang besar jika kamu ingin mengekalkan taraf hidup seperti kini selepas bersara. Inilah sebab kamu perlu merancang dana persaraan seawal yang boleh.
Sumber artikel:See Hua Daily News, 21/10/2019