Saya Li Mei Xiang berumur 19 tahun. Sejak kecil, saya seorang yang kasual. Biasanya, saya bertindak tanpa perancangan yang teliti. Tindakan saya yang luar biasa sering menyebabkan kawan-kawan saya berasa kelam-kabut. Kawan-kawan saya sering merungut tetapi tidak berjaya menukar sifat saya. Kini, sampailah saat untuk menentukan masa hadapan. Saya tidak bersungguh-sungguh mencari universiti swasta seperti kawan-kawan saya. Saya menunggu berita baik dari pra-universiti atau bersedia pergi ke Tingkatan 6. Kawan-kawan saya tidak bersetuju dengan saya, malah meragui kebolehlaksanaan rancangan saya. Adakah STPM begitu teruk?
- Adakah program setahun STPM benar-benar membazirkan masa seperti yang dikhabarkan? (kononnya program STPM adalah sama seperti program Matrikulasi)
- Adakah ia lebih sukar untuk pelajar STPM mencapai keputusan yang cemerlang?
- Adakah ia lebih sukar untuk pelajar STPM untuk memasuki universiti awam atau tidak dapat mendapat subjek pilihan masing-masing?
Jangan cemas, biar kita dengar apa yang dikatakan oleh ‘ pelajar tua’ ini!
吕学华
Sarjana Muda Bahasa Cina, Universiti Putra Malaysia
Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling
Saya masih tidak tentu untuk menyambung PhD atau tidak. Adakah saya akan seperti Li Mei Xiang, bertindak tanpa perancangan? Sebenarnya, hati saya juga penuh dengan kebimbangan dan ketidakpastian. Namun begitu, saya mempunyai matlamat yang jelas, iaitu menuntut ilmu dan menjadi manusia yang lebih baik. Jika kita dapat menemui potensi dan bakat ketika merancang masa depan, tentulah ini amat berguna dalam menentukan kerjaya masa depan.
Perasaan yang bercampur aduk terbentuk di dalam hati saya apabila saya melihat senarai tawaran universiti awam setiap tahun. Ramai pelajar bertembung dengan “sekatan”setelah berusaha untuk masa yang panjang. Ada yang tidak dapat memasuki universiti yang diingini, atau tidak dapat mata pelajaran yang dipilih atau tidak dapat biasiswa untuk menyambung pelajaran. Kesemua berita ini menjadi berita utama pada bulan itu. Lama-kelamaan, semua orang pun menjadi biasa dengan berita ini.
Sebenarnya pelajar-pelajar lepasan SPM mempunyai banyak pilihan untuk menyambung belajar. Contohnya STPM, Program Matrikulasi, Politeknik, dan institusi swasta. Berbanding dengan zaman dahulu, pelajar-pelajar kini mempunyai terlalu banyak pilihan yang mempersonakan.
STPM diiktiraf oleh banyak universiti antarabangsa. Untuk mendapat tawaran STPM, pelajar perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Sebelum tahun 2012, peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung semester ketiga. Manakala, peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada hujung setiap semester (satu semester bersamaan dengan setengah tahun). Tekanan peperiksaan dapat diagihkan, namun kesukaran dan kekerapan peperiksaan ditingkatkan. Yuran pelajaran adalah percuma di institusi pengajiaan awam, manakala, yuran pelajaran yang sebanyak RM3000-4000 perlu dibayar di institusi pengajiaan swasta.
Sejak tahun 2002, 10% kuota Program Matrikulasi diberikan kepada kaum bukan bumiputera. Semua orang ingin memasuki Program Matrikulasi kerana yuran yang percuma dan setiap orang juga akan mendapat elaun sebanyak RM2000. Kuota yang terhad menyebabkan persaingan yang kuat untuk memasuki Program Matrikulasi. Yang lagi menarik ialah peluang untuk memasuki universiti awam adalah sangat tinggi bagi pelajar Program Matrikulasi. Pelajar STPM perlu bersaing dengan pelajar Program Matrikulasi untuk memasuki universiti awam. Program Matrikulasi hanya diiktiraf oleh universiti awam Malaysia, sesetengah universiti swasta tempatan dan luar negara.
Persoalan tentang STPM membazirkan masa atau susah untuk mendapat gred yang cemerlang adalah tertakluk kepada setiap individu. Jangan sesekali menganggap belajar membazirkan masa dan keputusan yang cemerlang sememangnya tidak dapat diperolehi dengan senang. Bagi mereka yang memilih institusi pengajian swasta, sila beri perhatian kepada beberapa perkara. Pertama, sila pastikan maklumat institusi pengajian swasta itu tepat dengan memeriksa pensijilannya. Kedua, pastikan kelengkapan fasiliti yang memuaskan. Akhirnya, pastikan minat dan potensi kamu dapat disedar.
Akhirnya, saya ingin berkongsi satu pepatah Mandarin dengan semua: “Kebesaran dicapai melalui ketekunan dan terencat dengan kemalasan.”
Sumber artikel:中学生,272季刊