Mendapat Kelegaan Selepas Putus Cinta 

Apa itu putus cinta?

Putus cinta ialah satu kedukaan dan juga satu kelegaan. Putus cinta amat menyakitkan hati, tetapi adalah lagi menyakitkan hati apabila terus merindui orang yang tidak boleh dicintai atau orang yang tidak layak memiliki cinta kamu. Putus cinta bagai sebilah gunting yang membebaskan kamu dari berkas cinta. Kamu boleh menjalani hidup baru, mendapat kebebasan semula. Kamu boleh berasa bangga kerana dapat meninggalkan berkas ini.

Putus cinta ialah satu kehilangan dan juga satu peluang untuk pertumbuhan. Putus cinta menolong diri sendiri untuk meninggalkan perangai keanak-anakan dan kejahilan. Kamu boleh mengenali semula diri sendiri dalam kegagalan. Setelah mengenali kelemahan dan kelebihan diri, kamu boleh mengetahui makna cinta bagi kamu dan kehendak sendiri dalam cinta.

Jangan hilangkan diri sendiri meskipun kehilangan bekas kekasih. Kamu boleh berasa bangga terhadap diri sendiri. Rupa-rupanya, kamu boleh mencintai seseorang dengan begitu serius dan tanpa mementingkan diri. Rupa-rupanya, kamu dapat mengatasi dan berdiri semula dari kegagalan.

Putus cinta mengajar kamu untuk membezakan antara bekas kekasih dan hubungan tersebut. Putus cinta bermakna tidak berpeluang untuk hidup bersama dengan orang yang dikasihi sehingga ke saat terakhir. Namun begitu, kamu tidak perlu melupai pengalaman dan apa yang kamu buat pada masa cinta. Kamu boleh melupakan orang yang tidak layak memiliki cinta kamu tetapi kamu tidak perlu melupakan kenangan indah.

Putus cinta membolehkan kamu mengampuni diri sendiri. Apabila kamu berdendam dengan bekas kekasih, sebenarnya ini adalah berdendam dengan diri sendiri yang tidak cukup baik atau tidak sebaik orang lain. Putus cinta memberi kamu ruang untuk menguruskan penampilan diri dan menerima diri sendiri.

Sumber artikel:伍咏光《爱,要勇敢——恋爱的心理分析》,原题《寂寞的人不是不相信爱情,是不敢信》,突破出版社

About the author