Menerima Perangai Anak yang Lembut (2) 

Saya pernah menyebut tentang dua jenis anak yang mempunyai perangai yang berlainan. Sejenis ialah anak yang lemah lembut dan mendengar kata manakala satu lagi ialah anak yang keras dan degil. Pastinya terdapat perangai yang berlainan sekiranya di rumah terdapat dua orang anak atau lebih. Sejenis anak umpama bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa. Sebaliknya, anak yang lemah lembut akan mendengar kata dan biasanya orang lain akan menolak perkara yang tidak sudi dilakukan kepadanya. Kebiasaannya, ibu bapa akan mencari anak yang lemah lembut untuk membuat pengorbanan dan bertolak ansur dalam satu konflik. Oleh itu, anak yang lembut itu akan berasa malang.

Mesej yang ingin disampaikan ialah ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap kesan negatif yang dibawa oleh perbuatan yang tidak adil ini. Jangan biarkan anak yang lembut terasa tidak berdaya, sentiasa terasa dia seorang yang kalah dan menyimpan hal itu dalam hatinya. Ibu bapa diingatkan untuk memberi layanan yang adil kepada anak yang lembut dan patuh. Pastikan mereka juga mendapat kasih sayang ibu bapa dan menolong mereka menghadapi penindasan dari adik-beradik lain. Selain itu, berikan mereka ruang dan kuasa untuk membuat keputusan sendiri. Membesarkan anak bukan tugas yang mudah. Anak yang paling senang dibesarkan itu juga memerlukan penjagaan yang rapi.

Sumber artikel:爱家杂志

About the author