Mengenal Hati Anak Muda 

Perjalanan hidup anak muda hari ini sangat unik. Ia diwarnai dengan banyak

perkembangan teknologi modern. Oleh itu untuk menikmati hidup ini dengan baik kegiatan yang berdasarkan kebenaran Firman Tuhan sangat penting. Hati mereka akan mulai menghargai hidup ini.Baru-baru ini sebuah kegiatan telah diadakan ke Matang family park yang disertai 9 orang anak muda dan setelah outing mereka terus mengunjuung keluarga yang tinggal dikawasan tersebut. Mandi dan menikmati keindahan alam semasta ciptaan Tuhan merupakan permulaan kegiatan ini. Setelah puas mandi anak-anak muda dibawa ke kampong yang di panggil kampong Batu 13. Didalam kampung batu 13, terdapat 10 keluarga yang datang dan anggota jemaah gereja BM matang. Dengan kesempatan ini anak-anak muda bertemu dengan mereka.Melalui kegiatan ini terpancar sinar Kasih dan kebaikan Tuhan dalam hati setiap anak muda. Dimana mereka melihat betapa baiknya hidup didalam Tuhan. Ingat outing merupakan sebuah kegiatan yang boleh digunapakai untuk membuka mata anak-anak muda untuk melihat hidup ini seronok bila ada Yesus.

Didalam perjalanan pulang sebuah pertanyaan dilontarkan kepada mereka. Apakah yang mereka alami semasa outing dan kunjungan ini?. Berikut adalah beberapa komen yang mereka rasai:Mereka merasa seronok kerana berkenalan dengan kawan-kawan yang lain dengan lebih dekat lagi. Dengan kesempatan ini mereka dapat melayani bersama-sama. Sebab tinggal dirumah mereka merasa bosan dan tidak ada yang dibuat. Dengan program seperti ini maka mereka dapat menghilangkan rasa bosan dan tekanan dirumah.

Banyak mereka meluahkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dapat mengikut kegiatan-kegiatan gereja sehingga mereka dijauhkan daripada terlibat dalam masalah social. Oleh kerana kegiatan yang Gereja sediakan untuk mereka maka mereka boleh melihat betapa berharganya mereka didalam Tuhan. Sehingga banayk mereka mulai melayani dalam pelayanan gereja hari ini.Di saat dunia semakin berkembang maka kegiatan yang berdasarkan citarasa mereka sangatlah penting Apaka yang penting adalah kita harus menyasuaikan kegiatan kita dengan citarasa anak muda hari ini supaya mereka tidak terlibat dalam masalah social. Dasar semua kegiatan haruslah kebenaran Firman Tuhan.

About the author