Aspek fizikal atau material manusia semakin bertambah baik dengan perkembangan teknologi dan pembangunan ekonomi. Pada masa yang sama, manusia juga menghasilkan semakin banyak sampah setiap hari. Menurut statistik, setiap orang menghasilkan purata 1.2kg sampah sehari. Sampah yang semakin bertambah meningkatkan beban bumi dan juga mengakibatkan masalah alam sekitar dan kesihatan.
Setiap orang mesti mengambil tindakan untuk menyokong kempen kitar semula bagi mengurangkan sampah. Kita boleh mulakan perubahan sikit demi sikit dalam setiap aspek kehidupan kita. Berikut adalah beberapa cadangan mudah yang boleh kita amalkan:
1. Kurangkan (Reduce)
Fikir dengan teliti dan membuat perancangan sebelum membeli. Adakah saya benar-benar memerlukan barang ini? Adakah saya masih boleh guna barang yang sedia ada? Mengurangkan perbelanjaan bukan saja dapat menjimatkan duit bahkan juga mengurangkan penghasilan sampah.
2. Guna Semula(Reuse)
Sesetengah barang wajib ditukar baru dalam kehidupan kita. Namun, sebelum ia menjadi “sampah”, cuba fikir dahulu: adakah ia masih bernilai? Contohnya, guna kedua-dua belah kertas untuk menulis, beg plastik boleh digunakan berulang kali dan tin minuman boleh dijadi pemegang pen. Dengan menggunakan kreativiti, “sampah” boleh bertukar menjadi barang berguna malah menjadi barang seni. Terdapat juga banyak bahan yang boleh diderma kepada orang lain untuk diguna semula, contohnya, buku teks, barang mainan, alat elektrik, perabot, baju dan sebagainya.
3. Kitar Semula(Recycle)
Terdahulunya, kamu perlu mengamalkan tabiat mengasingkan barangan mengikut jenis. Barang yang biasanya boleh dikitar semula ialah kertas, tin aluminium, plastik dan botol kaca. Sila ingat, kertas tisu, cawan kertas, kotak air dan kertas faks thermal tidak dapat dikitar semula.
4. Diganti(Replace)
Pilihlah produk mesra alam, seperti, beg kain, bateri boleh dicas semula, sediakan bekas makanan sendiri dan sebaginya. Kelangsungan hidup manusia pada masa depan akan terjamin jika semua orang sudi bertanggungjawab memelihara alam sekitar bersama.