Tidak boleh hidup tanpa komputer 

Kamu dengan komputer

Dulu adalah kegemaran mengumpul setem

sekarang tidak ada orang yang ada kegemaran sedemikian

kerana orang sekarang tidak lagi menulis surat, menggunakan e-mail, di mana e-mail tidak menggunakan setem, jadi di mana ada orang mengumpul setem? Komputer pada zaman sekarang amat penting! PErnah mendengar orang berkata: “Saya tidak dapat hidup tanpa komputer!” Wah! Memang serius!

Ramai orang menghabiskan sepanjang hari berhadapan dengan komputer, melayari Internet, muat turun lagu, filem, novel, mencari maklumat, main permainan atas talian, e-mail, berbual dengan orang yang kenal dan tidak dikenali, ada pula yang melayari laman lucah, atau melakukan perkara yang tidak baik.

Komputer banyak manfaat, tetapi sekiranya disalahgunakan, mendatangkan mudarat! Bagaimanakah dengan kamu? Adakah komputer penting bagi kamu? Adakah kamu menggunakan komputer dengan baik? Adakah masa yang digunakan lama? Biarkan kita memikirkan hubungan kita dengan komputer.

Seorang pelajar autistik telah bunuh diri, kawannya tidak banyak, tetapi dia banyak berinteraksi dengan komputer yang ibu bapa beli, orang di sekelilingnya tidak tahu apa yang dia fikirkan. Pada pengebumian, dua perbualan yang berbeza mendedahkan ketidak berdayaan mereka…

Ibu Peng: “Sejak membeli komputer, Ming selalunya bersembunyi dalam bilik, ketuk mengetuk, tidak tahu dia membuat apa.”

Ibu Liang: “Anak saya pun begitu, panggil dia makan dia kata ada banyak kerja nak buat, jangan ganggu dia.”

Ibu Peng: “Sekarang Ming bergegas balik rumah main komputer walaupun dia perlu ke sekolah gereja.”

Ibu Liang: “Saya memang bimbang anak hanya tahu berkomunikasi dengan komputer, tetapi tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang.”

Ming: “Bercakap dengan orang dewasa memang menyusahkan, mereka selalunya ada anggapan sendiri.”

Ho: “Saya pun sama, mereka memang membencikan!”

Ming: “Aiyo, apakah yang kamu takut? Kalau mereka mula meleter, kamu pura-pura masuk bilik membuka komputer belajar!”

Ho: “Ya, ya, komputer memang baik terhadap mereka!”

Pencerobohan komputer dalam kehidupan kita adalah fakta yang tidak boleh dinafikan, ramai orang gemar dan pada masa yang sama bencinya. Tidak belajar komputer akan dikatakan ketinggalan zaman, belajar komputer pula akan mengakibatkan ketagihan, memang menyusahkan! Sebenarnya, komputer hanya alat, adalah jambatan orang mendapatkan maklumat, tetapi ramai orang pada zaman ini menganggapnya sebagai “komunikasi yang amat diperlukan di antara manusia”, ada pula yang rasa lebih selamat dan selesa berhubung dengan mesin daripada manusia, adakah anggapan ini betul?

Saya dengan komputer

Pada zaman teknologi yang canggih, memang ada ramai remaja berasa: “Tidak dapat hidup tanpa komputer!” Ada yang berkata: “Komputer adalah seluruh hidup saya!” “Saya mencari keyakinan dalam dunia siber!” Bagaimanakah dengan kamu? Adakah kamu bersetuju dengan fikiran ini? Apakah sikap kamu terhadap komputer?

Mari kita melakukan satu kajian…

  1. ya tidak boleh tiada komputer, atau saya akan rasa hidup saya tidak seronok.
  2. Pelbagai pengetahuan boleh didapati melalui komputer, pengetahuan orang ada had.
  3. Kehidupan menjadi lebih menyeronokan dengan pelbagai permainan yang boleh diakses melalui komputer.
  4. Apabila berkomunikasi dengan orang, sering ada situasi di mana pendapatan berbeza, tetapi tidak berlaku dengan komputer, tutup komputer apabila tidak gembira.
  5. Mengetahui pengetahuan komputer dapat memenuhi vanity saya.
  6. Saya meluangkan sekurang-kurangnya setengah hari melayari Internet.
  7. Komputer merupakan alat yang saya sangat memerlukan.
  8. Untuk mengelakkan leteran ibu bapa, saya suka mencari keselesaan melalui komputer.
  9. Saya percayai komputer lebih daripada orang, saya akan merujuk kepada Internet apabila menghadapi kesusahan.
  10. Komputer adalah kawan terbaik saya.

Jika jawaban kamu majoritinya “ya”, maka kamu perlu berfikir dengan baik-baik, adakahnya betul?

Apakah sebabnya kamu membiarkan diri sendiri hidup dalam dunia komputer? Kenapakah kamu biarkan komputer mengawal kehidupan kamu? Kadang-kala saya fikir, apakah kehidupan? Kehidupan adakah aktiviti kehidupan setiap hari. Jadi kita tidak patut berfikiran sempit, jangan menghadkan diri sendiri, bukakan minda kamu, luaskan pandangan kamu adalah pilihan yang terbaik.

Komputer+Melayari Internet+Tidak ketagih=Alat baik

Baik atau buruk komputer bergantung kepada orang yang menggunakannya, marilah kita lihat bagaimana responden di bawah melihat dunia komputer:

Zheng Xue Ling – Dari segi kerja, komputer memang banyak membantu, tidak kira apa maklumat dapat didapati, sangat memudahkan, asalkan mengetahui pengetahuan komputer, semuanya tidak menjadi masalah.
Xiao Miao Fa – Anak belajar di luar negara, sebagai ibu bapa tentunya akan bimbang tentang kehidupan mereka, anak pun sangat merindui, komputer merupakan alat komunikasi yang baik antara kita, terutamanya semasa musim perayaan, kita akan lebih kerap berhubung.
Chen Yu Fan – Dalam kehidupan sebenar, saya tidak dapat mencari “bulatan” saya, malah berasa susah berkomunikasi dengan orang, seolah-olahnya sentiasa mengelilingi satu masalah. Namun dalam dunia siber tidak sama, boleh berbual dengan orang yang tidak sama, berbual tentang perkara-perkara baru, tidak kita membeli atau menukar barang, hubungan sahabat yang dijalin tidak dapat dicari dalam kehidupan sebenar.
Jenny Chan – Selepas pergi ke England seorangan, saya baru tahu menghargai masa bergaul dengan kawan dan ahli keluarga. Kadang-kadang berjalan di atas jalan di London, perasaan sunyi memang susah ditahan, saya hanya rasa lebih legar apabila duduk di hadapan komputer dan berbual dengan kawan lama melalui Internet. Apabila mengalami kegagalan atau sesuatu yang tidak menyeronokan, saya juga meluahkan perasaan saya melaui e-mail kepada ahli keluarga dan kawan, komputer secara tidak disedari telah menjadi benda yang penting dalam kehidupan saya.
Zhang Zhi Xiang – Saya telah ketagih semasa tempoh belajar, saya terus mula bermain permainan komputer selepas pulang ke rumah, main lagi selepas makan malam, main sampai pukul sebelas, dua belas baru tidur. Ibu sentiasa memarahi saya, kata saya membazirkan masa main permainan komputer! Tetapi sekiranya saya berhenti, saya akan rasa kehidupan ini membosankan, rasa sunyi.

Sebab ketagihan

Ibu: “Anak, mari! Saya membawa kamu pergi makan KFC!”
Anak: “Saya tidak mahu, apakah makanan enak di KFC?”
Ibu: “Jadi apakah tarikan Internet yang membuat kami seharian melayarinya?”
Anak: “Adakah kamu tahu melayari Internet?”
Ibu: “Tidak.”
Anak: “Itulah sebab kenapakah kamu tidak mengetahui keindahan Internet!”

Dunia maya dalam dunia siber amat menarik. Boleh dikatakan inginkan dunia yang bagaimana maka wujudnya dunia yang bagaimana, tidak seperti dunia sebenar yang dihad. Ia sentiasa berubah, selalunya ada permainan yang baru, sering dapat memenuhi rasa ingin tahu remaja. Ramai remaja suka berada di dunia siber yang bebas, lihat apa yang diingini, main apa yang diingin, tidak dikawal oleh ibu bapa, guru-guru. Apakah faktor yang mengakibatkan remaja ketagih?

  • Bilik berbual

Tempat itu sering menjadikan tempat untuk remaja memberi pendapat sendiri, mereka boleh menunjukkan diri sendiri dengan sepenuhnya, pada masa yang sama juga boleh menyembunyikan masalah dan kekurangan mereka. Kamu boleh berkenal dengan kawan yang tidak sama di bilik berbual, boleh membuatkan orang lain berfikir kamu adalah orang yang bagaimana, kamu boleh bertindak sesuka hati! Dalam dunia sebenar mungkin tidak boleh. Seperti sesetengah orang mungkin hanya orang biasa, tidak banyak kawan, tetapi dalam dunia siber, dia seorang yang popular dan terkenal. Sudah tentu, kamu juga boleh berbual dengan kawan yang dikenal, ramai remaja suka begitu.

  • Kekasih Internet

Salah satu faktor ramai orang ketagih kepada Internet adalah kerana mempunyai kekasih Internet. Fenomena ini yang dikatakan: seseorang telah jatuh cinta dengan komputer! Orang yang taat mungkin hanya ada seorang kekasih, orang yang tidak taat ada ramai kekasih Internet! Cinta sering menjadikan orang mabuk, oleh itu, berhadapan 24 jam sehari pun tidak mencukupi. Dalam dunia siber, orang sering bergantung kepada perasaan untuk menjalin hubungan tersebut, selalunya mempunyai ruang ilusi yang besar, dan oleh sebab itu, ramai orang rasa percintaan sebegini amat selamat dan romantik…

  • Permainan atas talian

Sembang lebih daripada sepuluh jam di Internet mungkin akan berbual sampai tiada topik, namun main permainan atas talian lebih daripada sepuluh kam merupakan perkara yang biasa bagi sesetengah orang. Permainan atas talian menyeronokan, mencabarkan, menarik, menyegarkan, berbagai-bagai, selalunya ada cabaran baru selepas mencapai matlamat. Ada orang memberitahu saya, sesetengah permainan dapat dinaik gred asalkan pemain berusaha memainnya, dan barang (termasuk duit palsu) yang boleh didapati oleh gred yang tidak sama adalah berbeza, dan kadang-kadang barang-barang ini boleh dibeli dengan “wang yang sebenar”. Ada keperluan maka ada bekalan, oleh itu ada orang yang bersusah payah mendapati barang untuk dijual. Orang yang pernah main semua ketahui tarikannya, sekiranya tidak ada kawalan diri yang teguh, akibatnya: ketagihan.

  • Muat turun lagu, filem, novel

Ramai orang suka “benda percuma” di Internet. Remaja selalunya suka meluangkan masa muat turun lagu, filem, novel dan lain-lain, asalkan ada masa, kamu boleh mencari banyak barang yang diingini! Tetapi sila memberi perhatian, kita mestilah menghormati hak cipta internet orang lain!

  • Melarikan diri daripada kenyataan

Di samping itu, ada orang yang melarikan diri daripada masalah yang timbul dalam kenyataan melalui dunia siber. Sesetengah orang mungkin mengalami tekanan keluarga, kerja rumah, masalah cinta dan persahabatan, namun mereka tidak ingin berhadapan dengan kenyataan, maka menyembunyikan diri sendiri di dalam dunia siber.

  • Laman web lucah

Ada yang ketagih kepada laman web lucah. Orang-orang ini seperti ketagihan, dikawal oleh syaitan, sehari tidak lihat mungkin tidak dapat tidur! Isu lucah Internet merupakan masalah yang serius, ia boleh dikatakan berleluasa, malah selagi kamu membuka komputer, ramai “syaitan” (gadis lucah) akan muncul di hadapan kamu, ramai remaja telah dipengaruhi…

Semua yang disebut di atas meupakan sebab-sebab remaja ketagih dalam dunia siber, tetapi jangan salah anggap komputer bukan sesuatu yang baik! Komputer mendatangkan mudarat kerana orang salah gunakannya, tujuaan penciptaan komputer adalah untuk memudahkan orang dan mempercepatkan penyampaian maklumat.

Membuka surat khabar (Semua berita dari Sin Chew Daily)

Kes 1

Seorang pelajar tingkatan enam, pada siang hari tiba-tiba dipukul oleh tiga orang remaja yang dipercayai ketagih kepada permainan atas talian, tangan dan lehernya cedera, empat jahitan di belakang telinga, pakaian seragam berlumuran darah. Remaja-remaja ini dipengaruhi permainan atas talian, tidak ada sasaran lalu menyerang mangsa, mereka hanya memukul kepalanya seperti permainan pukulan atas talian. 

Kes 2

Seorang pelajar tingkat empat yang ketagih kepada komputer, kerana tidak puas hati dengan bapa menghadkan masa dia bermain komputer, meninggalkan nota semasa ibu bapa tidur dan membunuh diri dalam biliknya dengan wayar elektrik. Dia melayari Internet selama 18 jam sehari, bapa memberitahu dia mengurangkan masa melayari Internet kepada 7 jam, dia tidak bercakap, membantah dengan membunuh diri.

Kes 3

Dua orang remaja berumur enam belas tahun dari Pulau Pinang, ketagih permainan komputer, tidak dapat kawal diri sendiri, selalu melakukan tingkah laku yang luar biasa, termasuk merosakkan perabot di rumah, lari dari rumah, menyakitkan hati ahli keluarga. Tetapi dalam kehidupan mereka, komputer adalah seluruhnya, sama ada ahli keluarga sakit hati atau tidak tidak ada kaitan dengan mereka, ahli keluarga mereka biarkan mereka kerana tidak dapat lakukan apa-apa. 
Ketiga-tiga berita di atas adalah berita yang berbeza, tetapi merupakan kesan negative komputer. Kalau kita meneliti sekeliling dengan teliti, tidak susah mencari contoh orang yang dipengaruhi komputer. Pada masa kini, ramai remaja yang tidak menggunakan komputer dengan baik, malah ketagih, tanpa dikesan, minda diracuni, hingga hilang kawalan, melakukan perkara yang tidak munasabah. Remaja membazirkan terlalu banyak masa pada komputer turut menyebabkan ibu bapa sakit kepala. Pada masa yang sama, terlalu lama berhadapan dengan skrin komputer menyebabkan kelemahan visi, stamina, toleransi terhadap kegagalan, mempengaruhi keupayaan berfikir dan perkembangan intelek. 
Wah! Nampaknya komputer sesuatu yang buruk? Tidak! 

Kes 4

Berita tentang seorang gadis india digigit ular, dua puluh tahun tidak berhenti menangis disebarkan. Orang yang baik hati di Korea telah berkumpul untuk dating ke negara kita untuk melawat dan memberi bantuan kepada dia. Orang yang baik hati di Korea mendapati perkara ini melalui berita di laman web, melalui seorang peniaga Korea di Kuala Lumpur, Kim, berhubung dengan MCA, memberitahu mereka bahawa mereka akan datang melawati gadis tersebut.

Dia telah berjaya terlepas dari ketagihan

Pada zaman teknologi yang maju ini, kerajaan mempromosikan pengetahuan komputer, untuk meningkatkan tahap IT bagi memastikan daya saing rakyat. Oleh itu, ramai remaja mula mengenali komputer sejak muda, lebih lagi komputer dan perkhidmatan Internet semakin murah, ramai orang mempunyai komputer untuk melayari Internet. Oleh kerana itu, ramai remaja yang ketagih kepada dunia siber, bagaimanakah dengan itu?

Mari kita lihat saudara ini, bagaimanakah dia terlepas dari ketagihan komputer, dan menggunakan pengalamannya untuk mengingatkan kita.

Pembaiki komputer Huang Yi Ping [31 tahun]

Yiping rasa mempunyai pengetahuan komputer merupakan sesuatu yang bergaya bagi remaja. Apabila nampak kawan tahu bagaimana menggunakan komputer, kalau dia tidak tahu akan rasa malu. Oleh kerana sifat dia lebih pendiam, dia tidak ada ramai kawan baik, oleh demikian dia kebanyakan masa tinggal di rumah, jarang keluar untuk bermain. Dengan itu, masa dia berada dengan komputer lebih banyak, dan dengan itu dia semakin ketagih.

“Apabila kamu terjatuh ke dalam perangkap ini, ia sangat sukar untuk keluar” dia kata. Lama-kelamaan, dia kurang berkomunikasi dengan orang lain, malah tidak mahir atau tidak ingin berkomunikasi. Situasi yang paling buruk ialah dia “malas” bercakap dengan ahli keluarga dan kawan!

“Nasib baik saya seorang yang tahu bertaubat dan cintai ahli keluarga saya. Mereka beritahu saya bahawa main permainan setiap hari membazirkan kehidupan, ia tidak berbaloi kalau saya menghabiskan semua tenaga pada komputer. Oleh itu dibawah bantuan ahli keluarga, saya sedikit demi sedikit mengurangkan bilangan dan masa main komputer.” Pada mula-mulanya memang susah, badan secara automatik akan menghadapi komputer, membuka komputer…”

Walau bagaimanapun, dengan kekasihan Tuhan, dia telah berubah dengan perlahan-lahan, mula menghadiri aktiviti gereja dan kem serta aktiviti kumpulan. Dia bercakap dengan gembira: “Kini, saya boleh mengawal komputer, tidak lagi dikawal olehnya! Saya tahu menggunakannya untuk bekerja dengan baik, dan bukan hanya untuk tujuaan hiburan.”

Bagaimanakah Tuhan melihat komputer?


Doa Antony: Tuhan, saya sangat gemar main komputer, dan saya juga sangat gemar melayari Internet, tetapi paderi memanggil beritahu saya jangan “diracuni”. Paderi seakan tidak mendorong kita selalu berada di sisi komputer, adakah paderi ketinggalan zaman? Ataupun saya patut berfikir semula?

Bagaimanakah dengan kamu? Apakah pandangan kamu terhadap komputer? Tuhan! Kamu tahu apa itu komputer kan!

Jangan risau, Tuhan mesti tahu apa itu komputer. Manusia adakah ciptaan Tuhan, manakala komputer adalah ciptaan manusia, tentu Tuhan tahu apa itu komputer. Tuhan adalah yang paling berkuasa, tiada apa yang tidak diketahuiNya!

  • Jangan dikawal komputer

Dalam kitab telah tercatat sepatah perkataan yang berilmu: segalanya boleh dilakukan, tetapi bukan semuanya berfaedah. Segalanya boleh dilakukan, tetapi tidak kira apa yang dilakukan, saya tidak dikawalnya. (1 Korintus bab 6 kata 12) Ya, kita boleh mencari maklumat, bergaul dan berbual dengan kawan, berhubung dengan kawan melalui e-mail, malah main permainan atas talian sebagai hiburan di Internet, tetapi kita tidak boleh hilang kawalan, tidak boleh dikawalnya!

  • Jangan menyebabkan ibu bapa marah kerana komputer.

Ramai orang yang ketagih kepada komputer hingga mengabaikan ibu bapa, adik-beradik dan kawan. Tindakan ini telah melanggar ajaran kitab. Kerana kitab mengajar kita untuk menghormati ibu bapa, agar kamu panjang umur (Keluaran bab 20 kata 12) dan menyuruh kita sebagai anak perlu mendengar perkataan ibu bapa dalam Tuhan, ini yang sepatutnya (Efesus bab 6 kata 1). Sekiranya ibu bapa menghalang kita menggunakan komputer kerana tidak faham komputer, kita boleh menjelaskan kebaikan komputer kepada mereka, malah memberitahu tarikan komputer kepada mereka. Dan apabila kita meluangkan terlalu banyak masa menggunakan komputer, nasihat ibu bapa perlu kita dengari.

  • Jangan membazirkan masa kerana komputer

Kita perlu menghargai masa, kerana pada zaman yang gelap ini, jangan menjadi seorang yang bodoh, perlu memahami perintahan Tuhan. (Efesus bab 5 kata 16-17) Kitab juga mengajar kita agar menghargai masa, jadi kita patut fikir semula, adakah kita meluangkan terlalu banyak masa berbual dengan kawan di Internet, main permainan komputer, muat turun lagu dan lain-lain. Sebenarnya, kalau sebagai hiburan, maka satu hingga dua jam sehari sudah mencukupi, malah perlu memberi perhatian sama ada ia mengganggu kita membuat kerja rumah atau kerja!

  • Jangan bergaul dengan kawan buruk kerana komputer

Kita mesti berhati-hati apabila berkawan dengan menggunakan Internet, jangan terlalu naif! Jangan percayai apa sahaja orang lain cakap, jangan hilang rasional kerana dipuji! bab 4 kata 5 mengajar kita menghargai masa, malah menggunakan kebijaksanaan untuk bergaul dengan orang. Kawan atas talian berbagai-bagai, ada yang baik da nada yang buruk, kita mesti berhati-hati!

  • Jangan hilang sifat kerana komputer

Ada orang suka melayari laman web lucah, ada orang berlajar keganasan dari komputer, ada orang menggunakan komputer untuk memainkan orang lain, atau melakukan sesuatu yang tidak baik, ada orang yang rasa diri sangat pandai, kerana ada sedikit pengetahuan komputer lalu melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang, semuanya tidak patut. Kita mesti melindungi diri sendiri, agar kita tidak menjadi orang jahat. Pengakhiran orang jahat yang disebut dalam kitab amat menakutkan, orang jahat seperti sekam bertaburan ditiup angin. Apabila penghakiman tiba, orang jahat tidak dapt bertahan…Tuhan tahu siapa orang baik, orang jahat akan dibinasa! (Sajak 1:4-6)

Kesimpulan

Komputer sebenarnya bukan sesuatu yang buruk, sekiranya kita boleh menggunakan komputer dengan baik, maka ia alat yang baik, boleh menjadi “teman” hidup kita. Tetapi syarat yang pertama ialah kita mesti tahu bagaimana untuk membahagikan masa, kita perlu ada kawalan diri agar tidak dikawalnya, dan tidak menyebabkan kita terperangkap dalam situasi tidak boleh hidup tanpa komputer. Orang yang tidak tahu komputer perlu belajarnya; orang yang ketagih pada komputer perlu terlepas daripadanya!

About the author