Adakah Hidup Itu Seperti Games? 

Hidup ibarat pertempuran dalam games. Games yang berlainan mempunyai peraturan yang berbeza. Kamu akan bertempur dengan situasi yang kamu tidak pernah terfikir. Situasi yang berlaku secara mendadak menyebabkan kamu hilang kawalan.  

Kita memainkan watak yang berlainan dalam games sama ada secara aktif atau pasif, menyerang atau diserang, sukacita atau dukacita dan sebaginya. Namun begitu, kita tidak boleh berharap games itu berakhir dengan cantik seperti yang diaturkan. Kita juga tidak boleh berharap games itu akan berlangsung selama-lamanya atau berharap watak itu tidak akan mati.

Kita harus sedar dan menerima fakta bahawa tiada watak yang akan hidup selama-lamanya dan tiada senario yang kekal tidak berubah dalam games. Kita harus menerima kehilangan dengan hati yang biasa. Kehidupan adalah ibarat sebuah games.

Mesej utama yang disampaikan ialah: hargai games di atas tangan, hargai semua yang dimiliki sekarang, hargai orang yang disayangi dan hargai nyawa. Kita perlu tahu menguasai hidup kini agar masa depan menjadi berharga dan hidup kekal menjadi bermakna.

Sumber artikel:《情+性停走看》
Penulis:庄双华,陈玉双

About the author