Penulis:贾斯汀.戴维斯
Editor:余兰芯
Penterjemah:游宇
Saya hidup dalam kemaluan pada zaman dewasa saya. Saya mengakui saya ialah bapa kepada tiga orang anak lelaki ketika saya tertagih menonton pornografi. Saya memperolehi penyembuhan dan kebebasan selepas sesi kaunseling dan kelas pengukuhan. Namun begitu, saya amat bimbang akan masa depan anak-anak lelaki saya. Video pronografi dan laman web lucah terdapat di mana-mana jua dan kita sering berhubung dengannya secara tidak langsung. Saya pernah terfikir untuk membuang computer dan TV kami! Perasaan takut adalah biasa, tetapi dengan membuang alat-alat tersebut juga tidak dapat menjamin anak-anak tidak akan diganggu oleh bahan-bahan lucah.
Kini, anak lelaki sulung saya berumur 17 tahun. Apa yang dia hadapi adalah berbeza dengan anak-anak saya yang berumur 14 tahun dan 10 tahun. Topik mengenai seks perlu didengari dan dibincang secara berterusan. Ibu bapa tentu akan berasa malu apabila berbual dengan anak tentang topik seks untuk kali pertama. Perbualan terbuka dan jujur tentang seks dapat menolong kita berbual dengan lebih dalam dan lancar. Selain itu, saya juga berkongsi dengan anak tentang pergelutan di dalam hati saya. Sila percayai saya. Perkongsian yang terbuka akan membantu merapatkan hubungan kamu dengan anak dan membolehkan anak mengenali kemesraan kamu. Pada mulanya, saya juga berasa ragu sama ada cara ini tidak betul. Sebaliknya, saya mendapati anak-anak saya lagi menghormati sifat terbuka saya dan hubungan kami menjadi semakin erat.
Selain itu, ibu bapa perlu menjadi rakan perjuangan anak. Anak-anak perlu mengetahui bahawa kamu sedang berjuang bersama dengannya dan bukan mencari kesalahan mereka. Antara yang penting ialah menggunakan kawalan ibu bapa dan aplikasi khas untuk menyaring kandungan hasil carian. Apabila kamu memberitahu anak bahawa kamu juga berbuat sebegitu terhadap diri sendiri, kamu akan memperolehi kehormatan dan amanah dari anak. Sekiranya anak mengakui kesalahan, sila maafkannya tanpa syarat dan membina kepercayaan dengannya. Ini juga bererti tidak boleh menggunakan peralatan elektronik selepas 8 malam atau menyiasat rekod kandungan carian setiap minggu. Sila ingat, ini bukan hukuman tetapi cara untuk membina kepercayaan. Kita boleh memaafkan anak tetapi tidak boleh membiarkan mereka mengulangi kesalahan. Kita tidak dapat memerangi pronografi jika kita bersembunyi atau mengelakkannya. Kamu dapat menunjukkan ahli keluarga tentang kebebasan dan rahmat Tuhan apabila anak-anak diberi keupayaan untuk mengakui kesalahan.
Sumber artikel :Majalah Focus on the Family Malaysia