Apa itu kegembiraan? Kegembiraan adalah emosi manusia. Kamu sendiri yang menentukan sama ada kamu mahu gembira atau tidak. Kecenderungan untuk gembira adalah satu kebijaksanaan dan satu pilihan. Kegembiraan adalah seperti layang-layang yang terbang di langit. Walaupun kadang-kadang kamu tidak dapat nampaknya, ia tetap berada di atas tangan kamu dan tidak akan hilang. Asalkan kamu sudi, kegembiraan akan menlingkupi kamu. Kegembiraan sentiasa wujud jika kamu mempunyai hati yang bergembira.
Ahli falsafah Jerman, Kant, berpendapat:“Kegembiraan adalah disebabkan keinginan kita dipenuhi”. Manusia tidak gembira kerana keinginan kita tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Ia bagaikan satu lohong hitam yang tidak dapat dipenuhi selama-lamanya. Manusia mengejar kemasyhuran, keuntungan, status, kuasa, harta, kerjaya dan sebagainya. Manusia menghabiskan masa dan mengabaikan kesihatan untuk mendapatkan kesemua ini. Walaupun kita berjaya mendapat apa yang kita inginkan, namun kita telah kehilangan apa yang kita pernah miliki. Adakah ini bernilai?
Cara lain untuk mendapat kegembiraan adalah bertoleransi dengan orang lain. Kita tidak mengira kehilangan dan jasa yang kita berikan. Salah satu sebab kita tidak bergembira adalah kerana kita terlalu banyak mengambil kira.“Memberi itu lebih berkatnya daripada menerima.”Kita perlu melayan orang lain dengan baik terlebih dahulu sekiranya kita mengharapkan orang lain melayan kita dengan baik. Apabila kamu melayan orang lain dengan baik, mereka akan melayan kamu dengan lebih baik lagi. Jika kamu ingin orang lain prihatin terhadap kamu, kamu perlu prihatin terhadap orang lain terlebih dahulu.
Kegembiraan itu sebenarnya amat mudah. Dengan kurang sedikit ambil kira dan lebih sedikit toleransi maka kegembiraan akan bertambah. Orang yang pandai menghargai dan berterima kasih adalah orang yang lebih gembira. Oleh itu, kita perlu menyayangi setiap orang di sekeliling kita dan melayani orang yang muncul di hidup kita dengan hati yang ikhlas. “Hati yang gembira membuat wajah berseri, tetapi ketika hati berduka, patahlah semangat.”Amsal 15:13.
Sumber artikel: 《为自己加油!》
Penulis: 陈国强