Rakyat Malaysia antara paling ramai di Asia melayari laman web lucah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk peringkat dunia pula, Malaysia berada di kedudukan keempat.
Berdasarkan laporan Kosmo, statistik sebuah laman web lucah menunjukkan trafik di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6 peratus daripada hanya 6.5 peratus dari 16 hingga 17 Mac 2020. Pada masa itu, banyak negara melaksanakan PKP.
Ketagihan Video Lucah Membawa Masalah Kesihatan
Pakar menunjukkan ketagihan kepada video lucah bukan sahaja akan mengancam kesihatan fizikal dan psikologi malah juga akan memusnahkan hubungan intim suami isteri.
Wawancara dengan Pakar Sakit Tuan, Dr. Mohad. Ismail, menunjukkan ramai lelaki tertagih kepada video lucah dan mereka suka menonton video lucah terutamanya pada waktu malam. Lama-kelamaan, ia boleh menimbulkan masalah tanpa disedari. Mereka yang ketagih menonton video lucah akan mengalami masalah mati pucuk atau disfungi erektil. Ini bukan sahaja akan mempengaruhi hubungan intim suami isteri malah mempengaruhi kesihatan psikologi.
Perempuan Juga Tertagih Menonton Video Lucah
Pakar Psikologi dan Kaunseling, Dr. Fauziah, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata, ketagihan kepada video lucah bukan masalah kaum lelaki sahaja, ada sesetengah perempuan juga tertagih menonton video lucah. Ini mengakibatkan kecelaruan personaliti dan memberi kecederaan kepada pasangan.
Kesihatan psikologi untuk orang yang tertagih kepada bahan lucah adalah lebih senang diganggu dan mengakitbatkan kecelaruan personaliti. Mereka lebih suka berseorangan dan tidak berinteraksi dengan pasangan sendiri. Ini adalah kerana mereka lebih ghairah dengan kandungan bahan lucah. Berbanding dengan pasangan sendiri, mereka mendapat lebih banyak kepuasan dari menonton video lucah. Lama-kelamaan mereka akan kehilangan minat terhadap pasangan sendiri.
Ketagihan pronografi tidak mengambil kira jantina dan kedudukan kerana video lucah dapat diperolehi dengan mudah dari laman web. Berbanding dengan tahun sebelum wabak, terdapat lebih ramai mangsa meminta tolong agar dapat memerangi masalah ketagihan video lucah.
Sumber artikel:Harian Sin Chew,09/05/2022