Bahagia Itu Sederhana 

Bahagia ialah kehidupan yang sederhana, tenteram dan bebas. Kesederhanaan adalah menghapuskan fikiran yang kompleks daripada kehidupan dan menolak perkara rumit yang mengganggukan. Kesederhanaan juga merupakan satu fokus.

Kita sering terdengar orang mengeluh tentang kebimbangan dan hidup yang tidak lancar. Kita juga sering terdengar orang merungut kehidupan yang bosan dan sukar untuk masa berlalu. Hakikatnya, kehidupan adalah senang dan lumayan. Kesusahan dan kebosanan tertakluk kepada manusia dan bukan kehidupan. Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri. Kesusahan, kebosanan dan kehidupan yang tidak bermakna adalah disebabkan kamu tidak tahu asas kebahagiaan.

Kebahagiaan bertambah dengan dikongsi; kesedihan berkurang dengan dikongsi. Hidup ini terlalu singkat. Oleh itu, jangan memberi stres kepada diri sendiri.

Orang di sekeliling kita juga turut merasai kebahagiaan jika kita berkongsi kebahagiaan dengan mereka. Ini ialah makna perjalanan hidup yang lumayan. Sama ada bahagia atau tidak, hidup tetap perlu dijalankan . Oleh itu, biarlah kita memilih untuk hidup dengan bahagia.

Kebahagiaan itu sebenarnya mudah. Ia bagai membuat wain dan menikmatinya sendiri. Ia adalah satu keadaan rohani dan perlu menggunakan hati untuk menikmatinya.

Kemungkinan kita perlu menjauhi bandar yang sibuk dan bising. Kita perlu kembali ke alam semulajadi yang tenang untuk menenangkan rohani kita yang penuh dengan habuk. Dengan ini, kita dapat mencari erti kebahagiaan.

Kebahagiaan itu sebenarnya tidak begitu mudah!

Sumber artikel:《让爱亮起来》
Penulis:陈石兴

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.