Pada Mac 1996, 12 orang pendaki gunung terbunuh kerana bertembung dengan ribut salji ketika mendaki puncak Qomolangma, Gunung Everest. Namun begitu, salah satu pendaki dari Sweden, Goran Kropp, terselamat, malah berjaya menakluki puncak. Kropp bukan pendaki yang terhebat dalam pasukan itu. Kejayaannya menggemparkan masyarakat. Pasukan pendaki tersebut berharap dapat mencipta rekod baru, iaitu tidak membawa tong oksigen ketika mendaki ke puncak Qomolangma.
Semuanya berlalu dengan lancar pada permulaan ekspedisi. Namun begitu, Kropp memilih untuk berpatah balik ke kaki gunung apabila dia tiba pada jarak 300 kaki dari puncak gunung. Sebenarnya masa yang diperlukan untuk mendaki 300 kaki adalah agak-agak 45 minit. Pasukan ini telah bersiap sedia selama setahun untuk mendaki. Malah Kropp telah memilih cara yang unik, iaitu berbasikal sejauh 7000km dari Sweden ke Nepal. Mengapa Kropp menyerah kalah? Ini adalah kerana dia bimbang waktu yang diperlukan untuk sampai ke puncak akan menyukarkan dia untuk memulakan perjalanan turun. Ahli pasukan yang lain tidak sanggup berhenti pada jarak yang begitu dekat dengan puncak. Walaupun mereka berjaya sampai ke puncak, namun mereka telah mengambil masa berlebihan untuk memulakan perjalanan turun. Akhirnya mereka bertembung dengan rebut salji dan terbunuh. Kropp yang berpatah balik untuk berehat beberapa hari akhirnya dapat menakluki puncak.
Masyarakat kini menghadapi tekanan emosi yang tinggi. Setiap perkara perlu dilakukan dengan cepat. Kadar hidup yang semakin cepat menyebabkan kita bangun dengan otak yang berat setiap pagi. Letih! Kesibukan sudah menjadi ciri masyarakat kini. Setiap hari kita sibuk, hidup dalam kebutaan dan kekaburan. Walaupun letih, kita tidak berani berhenti untuk berehat. Ini adalah kerana kita takut ketinggalan dan gagal bersaing dengan orang lain.
Berehat adalah untuk perjalanan yang lebih jauh. Semua orang memahami teori ini, tetapi teori ini bagai tidak berkaitan dengan diri sendiri. Kita sering berfikir bahawa usaha yang berterusan akan membawa hasil yang lumayan. Tetapi ini tidak sentiasa betul. Kadang-kadang hasil itu tidak setanding dengan usaha kita. Oleh itu, kita perlu berehat apabila perlu. “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.” Mazmur 46:10.
Tidak Pernah Hidup untuk Diri Sendiri
Jika kamu tidak pernah berhenti untuk rehat, suatu hari apabila nyawamu tamat, kamu akan dapati kamu tidak pernah hidup untuk diri sendiri. Bagi kamu, hidup hanya satu beban yang berat. Kamu hanya menjalankan tanggungjawab dalam hidup dan tidak pernah menikmati hidup ini.
Sumber artikel:《为自己加油!》
Penulis:陈国强