Harapan Diri yang Tinggi 

Sureh berharap dia dapat mengendalikan dan mengawal semua hal tetapi perkara tidak berlaku seperti yang dia harapkan. Apabila bertembung dengan perkara yang tidak dapat dikendalikan olehnya, dia akan berasa marah, tidak dapat menerima kenyataan dan emosinya dipengaruhi sepangjang hari. Dia mempunyai jangkaan diri yang terlampau tinggi, seperti perfeksionisme.

Hakikatnya, harapan diri yang tinggi Sureh telah memepengaruhi hubungannya dengan rakan sekelas. Kawan-kawannya berasa takut apabila diatur ke kumpulannya. Mereka tidak dapat memenuhi kehendak Sureh walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. Ada sesetengah ahli kumpulan terus tidak mahu berbuat apa-apa kerana mereka tahu Sureh pasti akan memberi pandangan yang berbeza dan mereka tidak dapat mengalahkannya.

Kawan-kawan, kamu juga akan menjauhi orang sebegini jika bertembung dengannya!

Hari ini, saya minta kamu merenung dan lihat diri sendiri. Adakah kamu juga orang sebegini? Adalah tidak susah untuk kita hakimi orang lain. Sebaliknya, menilai diri sendiri adalah lebih susah.

Marilah kita buat satu pemeriksaan yang jujur – adakah saya orang sebegini?

Cuba fikir dengan teliti sama ada kamu mempunyai reaksi berikut?

  • Rakan sekelas tidak dapat memenuhi kriteria dan kehendak kamu.
  • Tidak mempercayai rakan sekelas dapat menyerahkan kerja rumah pada tepat masa.
  • Sentiasa memberi komen negatif tentang kerja-kerja rakan sekelas.
  • Tidak bersabar dan senang marah terhadap rakan sekelas.
  • Lebih rela menyiapkan laporan kumpulan sendiri dan tidak ingin membahagikan kerja kepada orang lain.

Jika kamu mendapati diri sendiri mempunyai ciri-ciri di atas, sila tenangkan diri dahulu. Jangan cemas. Sila nilai sama ada kamu mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri dan juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap orang lain.

Sebenarnya, harapan yang tinggi terhadap diri sendiri adalah tidak salah. Ini dapat mendorong kita untuk membuat kerja dengan bersungguh-sungguh. Apa yang kita perlu renungkan ialah sama ada kita meletakkan harapan terlampau tinggi terhadap orang lain? Jika kamu tidak dapat menerima ahli kumpulan dan ahli kumpulan juga berasa kamu orang yang tidak bertoleransi, dan mengakibatkan konflik, maka kamu perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini.  

Sumber artikel:Harian SinChew,06/10/2020

About the author