Mengapa badan lebih gemuk daripada kawan walaupun hanya makan sedikit? Adakah ini “bernafas pun akan menjadi gemuk” seperti yang dikhabarkan? Jika kamu mempunyai kerunsingan sebegini, janganlah salahkan udara. Berikut adalah 3 “suspek” penyebab kegemukan.
Kadar Metabolisme yang Rendah
Kita tidak asing dengan frasa kadar metabolisme asas. Kadar ini akan mempengaruhi jumlah makanan harian yang boleh diambil. Untuk mengekalkan keadaan badan, jumlah kalori yang boleh diambil dalam sehari bersamaan dengan kadar metabolisme asas dan ditambah dengan 500 kilokalori(kcal). Contohnya, jika kadar metabolisme asas anda ialah 1000 kcal, maka jumlah kalori harian yang boleh diambil ialah 1500 kcal (1000 + 500). Ini juga bersamaan dengan 500 kcal dalam setiap hidangan. Apa yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan lama-kelamaan. Sebaliknya, anda boleh mengambil lebih banyak makanan jika kadar metabolisme anda lebih tinggi.
Cara penyelesaian: Kadar metabolisme asas hanya dapat ditingkatkan dengan bersenam. Ingat juga pemakanan yang seimbang. Jangan sekali-kali mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat untuk menurunkan berat badan kerana ini akan menurunkan kadar metabolisme asas.
Selalu Mengambil Makanan yang Berkalori Tinggi
Adakah kamu rasa diri sendiri makan dengan sedikit namun tetap berasa lapar dan berat badan tidak turun? Ini kemungkinan kamu termakan makanan yang berkalori tinggi! Contohnya, 100g bayam mengandungi 25 kcal tetapi 100g kerepek mempunyai 500 kcal. Kedua-dua makanan memberi rasa kenyang yang agak sama, tetapi makanan proses yang mempunyai kalori yang berlebihan dan tidak berkhasiat, akan menyebabkan kegemukan.
Cara penyelesaian: Kurangkan makanan proses yang berkalori tinggi, seperti kek, ayam goreng dan sebagainya. Makanlah makanan asli, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang mengandungi protein. Makanan sebegini dapat memberi rasa kenyang dan pada masa yang sama tidak berkalori tinggi. Saiz hidangan yang kecil tidak dapat menjamin kelangsingan badan. Hanya makanan yang seimbang dan senaman dapat mengekalkan tubuh yang langsung.
Kekurangan Jisim Otot
Bersenam bukan saja membantu pembakaran kalori dan lemak bahkan juga meningkatkan jisim otot. Kewujudan otot dan lemak dapat membantu pembakaran kalori. Namun begitu, satu gram otot dapat membakar 75-100 kcal setiap hari, iaitu 10 kali ganda kalori yang dibakar oleh lemak! Oleh itu, orang yang mempunyai jisim otot yang tinggi boleh makan dengan lebih banyak. Kekurangan senaman akan menyebabkan kehilangan otot dan kadar metabolisme asas menurun.
Cara penyelesaian: Jisim otot boleh ditingkatkan dengan melakukan aktiviti fizikal. Jangan lupa diet yang seimbang dan mengambil sumber protein dan lemak yang baik untuk menolong pertumbuhan otot.
Sumber: Akhbar Harian See Hua 13/2/2019