Amal Formula STAR, Elak Jadi Mangsa Penipuan 

Dalam seminar Avoid Online Scam, polis menyarankan orang ramai jangan menerima panggilan atau menekan sebarang pautan yang meragukan. Fikir dengan teliti, menanya dan tidak membalas apabila berdepan dengan penipuan. Formula “STAR” ialah:

S: “Stop” Berhenti, jangan tekan sebarang pautan atau dedahkan maklumat anda melalui panggilan telefon atau secara talian.

T: “Think” Fikirkan sama ada maklumat yang dikongsi dengan anda sekadar indah khabar daripada rupa.

A: “Action” Laporkan kepada polis dan sertakan maklumat yang ada untuk siasatan lanjut.

R: “Respond” Tidak memberi maklum balas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai menekankan bahawa, sehingga kini tiada satu panggilan telefon di negara kita dapat disambung dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain. Penipu biasanya akan menyambung telefon kepada pegawai polis, kemudian menyambung kepada pegawai penyiasatan wang, dan akhirnya menyambung panggilan kepada Bank Negara. Wakil BNMTELELINK juga mengingatkan orang ramai untuk berfikir secara rasional kerana sindiket penipuan selalu menggunakan peluang yang lumayan untuk menggoda mangsa.

“Pulangan pelaburan yang lumayan, setiap bulan mempunyai 100% pulangan, faedah dalam masa 2 jam. Jika ini benar, maka semua orang tidak perlu bekerja lagi.”

Tiada jalan pintas untuk cepat kaya. Sindiket penipuan biasanya mengegas mangsa untuk memberi maklum balas dalam masa yang pendek agar mereka tiada masa untuk berfikir secara rasional. Dia juga menyaran orang ramai untuk mendapat maklumat dari saluran yang benar dan bukan percaya secara buta.

Ketua Bahagian Infrastruktur MCMC, Tuan Haji Bukhari Yahya, berharap orang ramai elakkan mendedahkan maklumat peribadi dan jangan hubungkan jaringan wifi publik supaya sindiket penipuan tidak dapat memperolehi maklumat peribadi. Orang ramai juga tidak digalakkan untuk mengisi borang yang diedar di tepi jalan untuk memperolehi promosi kerana maklumat peribadi anda akan terdedah.

Sumber artikel:Harian See Hua, 23/06/2022

About the author