Ibu Bapa Bersifat Memilih Kasih 

Anak:

Mengapa iba bapa sering pilih kasih?

Mengapa saya perlu sentiasa membuat kerja rumah?

Mengapa abang boleh membuat sebegini dan saya tidak boleh?

Ibu bapa:

Adik masih kecil. Kamu ialah kakak.

Kamu perlu belajar membuat kerja rumah.

Kamu ialah abang, kena bertolak ansur dengan adik.

Tolong adik mencuci cawan.

Masalah ibu bapa memilih kasih adalah masalah yang senang dihadapi oleh keluarga yang mempunyai ramai anak. Jika kamu bukan anak yang disayangi, maka kamu mungkin akan:

  • Merungut ibu bapa
  • Berasa diri sendiri tidak baik
  • Cemburu dengan adik beradik yang dikasihi
  • Sengaja buat kacau untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati

Berikut ialah sebab-sebab ibu bapa memilih kasih:

Sebab istimewa

Contohnya: Anak perempuan yang tidak sihat selalu mendapat perhatian ibu bapa sehingga mengabaikan anak lelaki yang sihat. Oleh itu, ibu bapa akan meluangkan lebih masa untuk menjaga anak perempuan tanpa disedari dan wujudnya “pilih kasih”.

Anak Kebanggaan

Manusia bersifat menyukai orang yang mempunyai kelebihan, sama ada, dalam bidang akademi, rupa paras, sifat atau keupayaan. Begitu juga dengan ibu bapa. Walaupun semua itu anak kandungan sendiri, ibu bapa akan lebih mengasihi anak kebanggaan tanpa disedari.

Bagaimana menghapuskan fikiran negatif?  

Cuba memahami: Pilih kasih merupakan sifat semulajadi manusia. Ibu bapa bukan tidak menyayangi kamu.

Tidak membuat perbandingan: Tidak berbanding. Ibu bapa bukannya tidak menyayangi kamu. Mereka cuma menggunakan cara yang berbeza.  

Berterus-terang dengan berani: Memberitahu fikiran kamu kepada ibu bapa.

Peringatan Mesra

  1. Hasil satu siasatan sangat menarik: Setiap anak akan berkata ibu bapa memilih kasih, malah kebanyakkan ibu bapa pula tidak mengakui mereka memilih kasih.
  2. Sila memberitahu pendapat kamu kepada ibu bapa dengan jujur jika kamu berpendapat ibu bapa memilih kasih. Dengan demikian, ibu bapa dapat mengetahui fikiran kamu dan juga memberi mereka satu peluang untuk menerangkan.
  3. Meskipun ibu bapa mempunyai standard yang berbeza terhadap setiap anak, kamu perlu ingat bahawa setiap anak hanya dilahirkan oleh ibu selepas mengandung selama 10 bulan dan ibu menarungkan nyawanya untuk melahirkan kamu. Kamu, adalah anak kesayangan ibu bapa.
Sumber artikel:Harian Sin Chew,08/11/2022

About the author