
Kononnya terdapat seekor ikan yang pandai menyelamatkan manusia di Sungai Mekong. Ikan ini tidak sama seperti ikan-ikan lain. Apabila Ia mendapati ada orang terjatuh ke dalam air atau terdapat kapal yang tenggelam, Ia akan menggunakan ekornya untuk menepuk permukaan air dan “memberitahu” ikan-ikan lain untuk menyelamatkan manusia. Mereka hanya akan meninggal selepas manusia sudah diselamatkan. Semua orang di kampung tidak pernah melihat ikan ini dan menggelarnya “Ikan Penyelamat”.
Selepas mengenali ciri-ciri ikan ini, orang di kampung pun berjanji tidak akan menangkap Ikan Penyelamat. Jika mereka tertangkap Ikan Penyelamat, mereka juga akan melepaskannya dengan segera atas budi dan jasa baik ikan ini.
Ikan Penyelamat ini mempunyai satu kelemahan. Isinya sangat enah sama ada direbus atau digoreng. Ia juga akan membawa pendapatan yang lumayan. Oleh itu, terdapat juga orang yang tidak memedulikan perjanjian tersebut dan curi-curi pergi untuk menangkapnya.
Xiao Zhou Menangkap Ikan Penyelamat
Di kampung itu, terdapat seorang lelaki yang bernama Xiao Zhou. Pada suatu malam yang gelap, dia berpura-pura terjatuh ke dalam air supaya Ikan Penyelamat akan datang untuk menyelamatkanya. Apabila Ikan Penyelamat telah menolaknya ke tebing, dia pun menebar jala untuk menangkap Ikan Penyelamat. Dia berjaya mendapat pendapat yang lumayan. Sejak itu, Xiao Zhou akan tidur di rumah pada siang hari dan berpura-pura jatuh ke dalam sungai pada waktu malam untuk memerangkap Ikan Penyelamat.
Namun begitu, Xiao Zhou berasa cara menjana keuntungan sebegini sangat lambat kerana setiap kali hanya dia seorang yang terjatuh ke dalam air. Oleh itu, dia pun terfikir untuk membuat orang-orang di rumah. Pada waktu malam, dia akan membuang semua orang-orang ke dalam air dan menanti Ikan Penyelamat untuk datang.
Pada waktu malam, Xiao Zhou dan orang-orang pun jatuh ke dalam air. Tidak lama kemudian, sekumpulan Ikan Penyelamat pun datang dari hujung sungai yang lain. Mereka tidak berhenti menggunakan ekor untuk menepuk permukaan air untuk memanggil rakan-rakan mereka datang. Pada masa yang sama, mereka juga berenang ke arah orang-orang dan bersedia untuk menyelamatkan mereka.
Pada ketika itu, Xiao Zhou teruja dan berteriak dengan kuat : “Saya sudah menjadi kaya! Saya sudah menjadi kaya!.” Tetapi sebelum sempat dia bersuara, dia mendapati betisnya kejang, tidak dapat berenang dan dia akan tenggelam.
Air termasuk ke dalam mulut Xiao Zhou. Dia berenang bersungguh-sungguh sambil menjerit dengan kuat : “Tolong! Tolong!” Tetapi tiada orang yang dapat mendengarnya kerana mereka sudah nyenyak tidur pada tengah malam. Ikan Penyelamat pula berusaha menyelamatkan orang-orang dan tidak terdengar jeritannya. Selepas Ikan Penyelamat menyelamatkan orang-orang, Xiao Zhou sudah tidak berdaya kerana terminum banyak air, lalu tenggelam ke dalam sungai.
Ini ialah cerita lama penduduk di Sungai Mekong, Vietnam. Orang tua akan menggunakan cerita ini untuk mendidik anak-anak mereka bahawa: Biarpun orang yang tamak akan berjaya mendapat keuntungan sekali, namun mereka akan tenggalam bersama dengan ketamakan mereka di dalam sungai.
Sumber artikel:石狮日报 Penulis: 沈岳明 Artikel yang dipetik dari: 李鸿志《小小故事心之语》