Kebingungan Lelaki dan Perempuan 

Kebingungan Perempuan

 “Bagaimana untuk menarik perhatian lelaki yang sesuai untuk saya?”

 “Mengapa lelaki tak berhenti-henti bercakap tentang diri sendiri?”

 “Mengapa lelaki yang saya sukai tidak menelefon saya?”

 “Mengapa dia tidak melamar walaupun kita sudah lama berpacaran?”

 “Bagaimana membukakan hati seorang lelaki?”

 “Semua perkara sangat baik, tetapi teman lelaki saya tidak mahu berkahwin. Yang teruknya ialah saya ingin berkahwin dan mendirikan rumah tangga denganya. Apa yang boleh yang lakukan?”

 “Mengapa saya sentiasa jatuh cinta dengan lelaki yang sama jenis?”

Selepas bertahun menyelidik hubungan antara lelaki dan perempuan, saya mendapati kebingungan yang dihadapi oleh perempuan adalah berdasarkan satu persoalan, iaitu: bagaimana untuk memperolehi satu hubungan cinta yang erat lagi mesra? Perempuan sentiasa berharap untuk memiliki satu hubungan cinta yang sempurna. Ini juga dapat memuaskan hati mereka sama ada dari segi fizikal atau mental. Namun begitu, lelaki mempunyai pandangan yang berbeza dengan perempuan tentang cinta.    

Kebingungan Lelaki

 “Saya tak tahu apa yang dia sedang fikir!”

 “Mengapa perempuan asyik berpura-pura dan tidak mahu memberitahu pandangannya dengan jelas?”

 “Mengapa kita sentiasa bertengkar tentang perkara remeh?”

 “Mengapa dia tidak terus memberitahu pendapatnya dan biarkan saya meneka?”

 “Bagaimana saya dapat pasti dia ialah cinta sejati saya?”

 “Kini, kita sedang bergaul dengan baik. Mengapa dia mahu berkahwin?”

 “Mengapa perempuan mempunyai begitu banyak masalah?”

Kita mendapati lelaki dan wanita mempunyai kebingungan dalam hubungan cinta. Persoalan yang membingungkan mereka sebenarnya membayangkan dua fakta: 1) Semua orang ingin hubungan yang intim dan manis 2) Terdapat perbezaan komunikasi antara lelaki dan perempuan. Mereka sentiasa meneka dan tidak memahami pasangan mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk memiliki hubungan cinta yang mereka ingini, namun mereka sentiasa tidak tahu bagaimana memperolehinya.

Kita akan mendapati semua kebingungan dan persoalan adalah fenomena yang normal apabila kita memahami lelaki dan perempuan mempunyai persepsi yang berbeza tentang cinta. Jika kita tidak memahami perbezaan di antara lelaki dan perempuan, maka perselisihan dan perpecahan akan berterusan.

Sumber artikel:约翰·格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社

About the author