Kanak-kanak perlu diajar cara untuk menghormati ibu bapa dari sejak kecil. Adakah kamu pernah terfikir mengapa begitu senang untuk kanak-kanak yang kecil untuk belajar bahasa yang mereka dengari?
Mereka boleh fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, Cina, Melayu atau bahasa ibunda. Namun begitu, selepas 15 atau 20 tahun kemudian, susah untuk orang dewasa bertutur dengan intonasi yang tepat walaupun telah berusaha dengan gigih.
Penyelidikan menunjukkan bahawa tekak kanak-kanak boleh diselaraskan untuk mempelajari bahasa dan bertutur dengan intonasi yang betul, tetapi tekak tidak dapat diselaras selepas menjadi dewasa.
Dari sudut linguistik, kanak-kanak hanya mempunyai satu jangka yang pendek untuk mempelajari pelbagai bahasa. Sikap kanak-kanak terhadap ibu bapa juga dibentuk pada usia muda. Peluang dan waktu terbaik untuk mendidik mereka untuk menghormati ibu bapa adalah ketika mereka masih di tadika atau usia yang lebih muda lagi. Waktu ini akan berlalu dengan pantas.
Oleh itu, kita perlu meluangkan masa untuk membentuk sikap kanak-kanak ketika mereka masih kecil, terutamanya anak yang lebih berdikari atau mereka yang mempunyai pendapat diri yang kuat. Ibu bapa perlu mengambil peluang ini untuk membentuk personaliti kanak-kanak dengan kasih sayang dan disiplin. Akil baligh pada kanak-kanak akan menjadi tidak tertentu jika ibu bapa tidak mengambil peluang yang baik ini untuk mendidik kanak-kanak.
Sumber artikel : 爱家杂志