Sesetengah orang akan mengelakkan perbincangan apabila memutuskan hubungan dengan pasangan. Mereka hanya melontarkan satu ayat “baik kita mengakhiri hubungan ini” atau menggunakan WhatsApp untuk memberitahu pasangan. Sesetengah orang pula tidak memberi apa-apa sebab ataupun menggunakan alasan yang tidak jelas atau tidak munasabah untuk menjelaskan sebab memutuskan hubungan.
Adalah difahami bahawa orang yang mengemukakan untuk memutuskan hubungan akan berasa takut. Ini adalah kerana dia takut terjadi orang yang berdosa dan juga takut pasangan itu enggan untuk berpisah. Sering kali pasangan mungkin tidak dapat menerima walaupun kamu memberi pelbagai sebab. Namun demikian, jika perbincangan tidak dijalankan, ia akan membawa kecederaan yang parah kepada orang yang diputus cinta. Orang yang diputus cinta itu juga akan tertanya-tanya punca sebalik perpisahan dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyembuh dari kesakitan.
Selain itu, orang yang diputus cinta perlu mengetahui sebab supaya dia boleh menerima logik di sebalik perpisahan. Jika ada pertanyaan yang tergantung, mereka juga mempunyai kemungkinan untuk mendekati orang yang mengemukakan perpisahan. Ada sesetengah orang yang diputus cinta berpendapat orang yang mengemukakan perpisahan tidak mengatakan sebab dengan jelas dan menganggap mereka mempunyai peluang untuk berbaik semula.
Hakikatnya, “satu alasan” tidak merupakan perkara yang terpenting apabila mengakhiri hubungan. Apa yang paling penting ialah komunikasi. Dari komunikasi:
- Kedua-dua pihak mempunyai peluang untuk mengungkapkan dan melepaskan emosi negatif sendiri.
- Berbincang tentang pendapat sebenar dalam satu hubungan.
- Memeriksa masalah yang sentiasa wujud.
- Menyediakan satu “proses” supaya kedua-dua pihak dapat mengendalikan masalah.
Berkomunikasi dapat memperbaiki hubungan dan juga membatu seseorang bertumbuh. Kedua-dua orang akan mendapat maklum balas dan memahami masalah sendiri dan kelemahan diri dalam hubungan cinta dan berusaha membaiki kelemahan sendiri.
Kajian menunjukkan kemurungan akan berkurang sekiranya kedua-dua pihak mempunyai peluang untuk berbicara tentang sebab mengakhiri hubungan.
Ramai yang memilih untuk melarikan diri dari masalah dan tanggungjawab. Oleh itu, adalah tidak mudah untuk mengemukakan untuk memutuskan hubungan malah berkomunikasi ketika berpisah adalah lagi susah. Sila ingat untuk bertanggungjawab terhadap pihak lain walaupun sudah tidak mencintainya. Oleh itu, kita memerlukan keberanian.
Sumber artikel:伍咏光《爱,要勇敢——恋爱的心理分析》,突破出版社