
Kadang-kadang wanita merasa tertekan untuk menjalin hubungan intim dengan lelaki. Wanita akan berfikir seperti ini: “Lelaki ini sangat baik terhadap saya, saya telah memperolehi begitu banyak darinya, dan dia begitu prihatin kepada saya. Adakah saya perlu membalas kebaikannya?” Wanita berharap dapat membalas kebaikan lelaki dengan tubuhnya. Wanita berpendapat lelaki akan lebih berminat dengannya setelah dia memenuhi nafsu seksnya. Akhirnya, wanita akan mendapati hubungan mereka telah hancur walaupun dia telah menjalin hubungan intim dengannya. Pemberian yang lebih banyak tidak bermakna akan mendapat lebih banyak balasan dalam perhubungan atau pergaulan lelaki dan perempuan
Wanita akan merasa tertekan jika dia tidak biasa dikejar, dan jika suasana romantis yang diciptakan oleh seorang lelaki membuatnya merasa tersanjung. Manusia akan berfikir seperti ini ketika berasa lapar: “Saya sanggup membuat apa-apa untuk mendapat makanan.” Sama sekali, apabila seorang wanita merasakan cinta dan kekaguman dari seorang lelaki, dia mungkin akan berfikir, “Saya juga perlu melakukan sesuatu untuknya agar dia terus mencintai saya.” Pemikiran seperti ini sebenarnya sangat berbahaya.
Sebagai seorang wanita, anda mesti tahu bahawa memberikan respons yang mesra terhadap romantik lelaki sudah mencukupi, kerana anda telah memberikan apa yang paling diinginkan olehnya. Namun, wanita sering tidak menyedari hal ini. Ramai wanita beranggapan bahawa apa yang mereka beri tidak mencukupi dan berasa mereka perlu memberi lebih lagi.
Wanita seharusnya berasa puas dengan daya tariknya sendiri. Namun, apabila dia merasakan lelaki itu teringin lebih banyak, dia akan merasa tertekan dan terbeban untuk membalas. Tanpa disedari, dia telah merosakkan peraturan asas yang terpendam dalam hubungan cinta. Akibatnya, dia mengabaikan tahap emosi mereka dan menjalin lebih banyak hubungan fizikal. Setelah dia melakukannya, dia akan mendapati bahawa pengorbanan itu tiada kesudahan. Apa yang diberikannya tidak membuatkan lelaki itu semakin mencintainya. Sebaliknya, lelaki itu tidak lagi berusaha untuk menggembirakannya, malah wanita itu yang perlu memulai untuk menyenangkan lelaki tersebut. Akhirnya, imejnya jatuh merudum dan lelaki itu mula hilang minat terhadapnya.
Sumber artikel:约翰·格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社