
Mendengar adalah teknik komunikasi yang penting. Namun begitu, ramai yang tidak mengakui mereka tidak mahir mendengar. Hakikatnya, teknik pendengaran amat susah dikuasai. Salah satu halangan objektif adalah: kelajuan pemikiran adalah tujuh kali ganda kelajuan pertuturan. Oleh itu, jika kita tidak mengawal pemikiran kita ketika orang lain sedang bercakap, kita akan asyik berfikir cara untuk membalas dan mengkritik orang lain dan tidak mendengar dengan baik.
Selain itu, pendengaran juga melibatkan halangan subjektif. Cuba fikir jika kita mempunyai kelemahan berikut:
- Sering mengkritik isi kandungan dan cara penyampaian orang lain.
- Tidak mendengar cadangan orang lain.
- Membuat keputusan walaupun orang belum habis bercakap.
- Memilih untuk mendengar apa-apa yang kita sukai sahaja.
- Tiada kesabaran dan asyik menanya atau menjawab secara melulu.
- Hanya diri sendiri yang bercakap.
Kelemahan yang disebut di atas adalah halangan dalam komunikasi. Kamu boleh mencuba langkah-langkah berikut jika kamu ingin memperbaiki teknik komunikasi dan menjadi seorang pendengar yang baik. Kamu akan mendapati kebaikannya, terutamanya sewaktu berlakunya konflik. Pendengaran yang ikhlas dapat mengelakkan berlakunya konflik!
Kemahiran Asas Pendengaran
- Cuba menenangkan diri dan mengamalkan kontak mata apabila mendengar.
- Bersikap terbuka dan tidak menilai terlalu awal.
- Elakkan mencelah.
- Memberi reaksi yang sesuai seperti, mengangguk kepala sebagai tanda memahami. Atau berkata: “rupa-rupanya” dan sebagainya sebagai tanda menumpu perhatian dan sedang bercuba untuk memahami si pencakap.
- Menangkap frasa-frasa penting yang menyuarakan perasaan. Cuba memahami pandangan dan perasaan si pencakap.
Sumber aritkel:《情绪有益》
Penulis:李兆康、区祥江