Merasa Disalahkan 

Cerita:春晓

Merasa disalahkan bermaksud dituduh atau dilayan dengan cara yang tidak sepatutnya dan berasa susah hati.

Cerita 1

Keputusan peperiksaan telah diumumkan! Keputusan Zhi Jie lebih baik daripada pelajar terbaik, iaitu Hong Fu. Zhi Jie berasa keputusannya sukar dipercayai dan juga berasa sangat gembira! Kebetulan pada ketika itu, Hong Fu berjalan lalu dengan muka yang sedih.

 “Hong Fu, akhirnya saya dapat mengatasi kamu.” 

 “Apa yang hebat sangat? Mengatasi sekali sahaja!”   

 “Hong Fu, apa yang saya ingin katakan ialah usaha saya tidak disia-sia.”

 “Jangan cakap lagi. Saya tidak dapat pergi ke luar negara untuk melancong kerana kamu.”

Hong Fu beredar dengan marah. Zhi Jie pula berasa serba salah kerana dia dituduh hanya kerana dia ingin berkongsi perkara yang gembira.

Cerita 2

Sammy dan Jenny adalah kawan baik. Mereka selalu belajar dan menyertai aktiviti sekolah bersama-sama. Kali ini, mereka berdua dipilih untuk mewakili kelas untuk menyertai pertandingan pidato. Mereka berasa sangat gembira kerana dapat berlatih bersama-sama. Pada hari pertandingan, Sammy secara tidak sengaja menyebabkan baju Jenny terbasah. Sammy berasa sangat cemas kerana pertandingan akan bermula seketika lagi. Adakah Jenny sempat kembali? Selepas Jenny berpidato, Jenny masih belum sampai. Pertandingan telah tamat apabila Jenny kembali dan Sammy mendapat tempat pertama.

“Jenny, ini adalah piala hasil usaha kita.”

“Saya tidak terima. Kamu sengaja membasahkan baju saya supaya kamu dapat menerima anugerah!” Jenny beredar dengan marah.

Sammy berasa sedih kerana dia tidak pernah berniat sedemikian.

Kedua-dua cerita di atas menunjukkan Zhi Jie dan Sammy menerima tuduhan yang tidak sepatutnya. Hong Fu dan Jenny melepaskan geram pada kawan mereka disebabkan mereka tidak mendapat keputusan yang diharapkan. Perselisihan faham yang berlaku menyebabkan hubungan renggang.

Apa yang boleh kita lakukan apabila bertemu dengan situasi di atas?

Cara-cara Menolong Diri Sendiri

  1. Menerima perasaan disalahkan.
  2. Meluahkan perasaan disalahkan, contohnya menangis, berkongsi dengan ibu bapa atau menulis dalam diari.
  3. Mengambil inisiatif untuk berbincang dengan orang yang menyalahkan kita dengan niat untuk membaiki hubungan. (Kamu mengambil inisiatif kerana kamu menghargai persahabtan ini)
  4. Menyatakan perasaan kamu dan bukan mengambil peluang untuk menegur kesalahan orang.
  5. Memberitahu dengan jelas bahawa kita tidak berniat seperti yang dituduhkan.
  6. Contohnya: “Jenny, saya minta maaf kerana membasahkan baju kamu secara tidak sengaja. Saya memang berharap kamu sempat kembali ke sekolah dan saya sudi berkongsi piala ini bersama dengan kamu.” 
  7. Berikan ruang untuk bertenang jika pihak lain masih tidak sudi berbaik atau masih marah.
  8. Belajar menerima kesudahan yang tidak cantik ini jika perkara masih tidak dapat diselesaikan.
  9. Menerima hakikat bahawa pihak lain masih tidak dapat melepaskan perasaan marah. 
  10. Belajar bertoleransi dan tidak berkira-kira.

Ingatan: Kamu mesti mencari ibu bapa atau guru bimbingan jika kamu mendapati diri sendiri masih berasa disalahkan. Perasaan disalahkan adalah satu peristiwa sedih yang kita tidak inginkan. Sememangnya, perjalanan hidup didampingi dengan perasaan sedih dan gembira.

Sumber artikel:The Bridge Communication

About the author