Oleh春晓
The Bridge Communication
Perselisihan faham akan menhancurkan hubungan, mempengaruhi hubungan kerjasama dan menghilangkan kepercayaan dalam sebuah hubungan.
Di bawah adalah beberapa cara yang tepat untuk mengendalikan perselisihan faham:
Bertindak Terhadap Perkara dan Bukan Terhadap Manusia
Jangan pilih kasih, prasangka dan diskriminasi ketika mengendalikan perselisihan faham. Kita seharusnya menggunakan cara yang sama dan bertutur dengan cara yang sama tidak kisah sesiapa yang terlibat dalam perselisihan faham itu. Inilah maksudnya bertindak terhadap perkara dan bukan terhadap manusia. Dengan begini, perkara dapat diuruskan dengan mudah, mencapai persetujuan dalam perkara itu dan bukannya bermusuhan sesama manusia.
Minta Pertolongan Dari Orang yang Dipercayai
Kamu mungkin menghadapi kebutuan walaupun telah mencuba perlbagai cara. Kadang-kadang kita juga tidak jelas dengan masalah tersebut. Oleh itu, kita boleh minta pandangan daripada orang yang dipercayai supaya masalah dapat diselesaikan.
Menjalin Hubungan Sebagai Matlamat
Perselisihan faham perlu diuruskan dengan segera setelah ia berlaku. Sila ingat, satu hubugan boleh diperbaiki dan dibina semula. Ini adalah matlamat utama selepas berlakunya perselisihan faham. Hubungan yang baik dapat mengeratkan kerjasama dan menambah kepercayaan sesama manusia.
Memberi Penjelasan pada Peluang yang Sesuai
Adakalanya penjelasan tidak sesuai diberikan pada waktu hal berlaku. Ini adalah kerana kedua-dua pihak masih berasa marah, hanya mengambil berat tentang pendapat sendiri dan sukar untuk mendengar apa-apa penjelasan. Peluang yang sesuai untuk menjelaskan perselisihan faham adalah menunggu seketika selepas perkara itu berlaku.
Cara Salah Mengendalikan Perselisihan Faham:
Tangguh dan biarnya dilupakan
Sekian lama berlakunya perselisihan faham, semakin susah ia diuruskan. Ia perlu diuruskan secepat mungkin setelah emosi sudah ditenangkan. Dengan ini, punca perselisihan faham dapat dikenalpasti dengan lebih senang.
Meluahkan perasaan kepada orang yang salah dan mengakibatkan khabar angin tersebar
Biasanya, sewaktu perselisihan faham berlaku, kita akan berasa diri sendiri sahaja yang betul dan pihak lain salah. Kita mungkin tidak cukup rasional dalam pertuturan ketika sedang marah. Oleh itu, perselisihan faham senang tertimbul. Ia akan mencederakan pihak lain apabila khabar again tersebar. Jadi, sila fikir dahulu sebelum meluahkan perasaan!
Menyembunyikan Kebenaran dengan Berbohong
Jangan menyembunyikan kebenaran, jadilah anak yang berani. Jiak kamu berbohong untuk menyembunyikan kebenaran, kamu sendiri yang rugi apabila kebenaran didedahkan.
Kamu akan berasa tertekan, bimbang, takut dan dipersalahkan apabila mengendalikan perselisihan faham. Apabila perselisihan faham diselesaikan, hubungan dapat dirapatkan dan kamu dapat terus berkawan. Bukankah lebih baik perselisihan faham diselesaikan?
Sumber artikel: Harian Sin Chew, 17/11/2020