Di dalam ladang tinggal seekor tikus. Suatu hari, ia mendapati pemilik ladang memasang perangkap tikus di seluruh ladang. Ia berasa cemas dan berlari pergi memberitahu ayam jantan. Selepas mendengarnya, ayam jantan ketawa dan berkata: “Si tikus, tuan memasang perangkap untuk menangkap kamu, ia tak kena mengena dengan saya!”
Apabila tikus nampak ayam jantan tidak mempedulikannya, ia pun memberitahu lembu. Selpas mendengarnya, lembu pun ketawa dan berkata: “Haha! Hari yang menderita bagimu akan bermula.” Akhirnya, tikus menyebar berita itu kepada semua haiwan di dalam ladang. Namun begitu, tiada haiwan yang mempedulikannya.
Pada malam itu, seekor ular tedung menyelinap masuk ke rumah pemilik ladang. Ekor ular tedung itu terjepit pada perangkap tikus. Isteri pemilik ladang terbangun pada tengah malam. Oleh sebab dia tidak dapat nampak dengan jelas, dia pun dipatuk oleh ular tedung. Pemilik ladang pun menghantar isterinya ke hospital dengan serta-merta tetapi keadaan isterinya tidak bertukar baik. Pemilik ladang terdengar kata-kata bahawa daging ayam dapat digunakan untuk membuang racun dari tubuh. Dia pun menyembelih ayam dan merembus daging ayam bersama dengan ubat. Namun begitu, isteri pemilik ladang masih tidak dapat diselamatkan. Pada pengebumian isterinya, pemilik ladang membunuh lembu untuk melayan orang yang datang berkabung. Selepas pengebumian, pemilik ladang pun menjual ladang tersebut dan meninggalkan tempat yang sedih itu.
Kata-kata Nasihat
Kita perlu memberi pertolongan kepada orang yang mengalami kesusahan kerana akhirnya kita juga akan menerima balasan. Semua untuk satu dan satu untuk semua. Asalkan kita dapat berfikir demi orang lain, orang lain juga akan berusaha untuk kita. Kita perlu saling menyokong dalam setiap peringkat kehidupan, sama ada dalam pelajaran, kerja, hubungan atau persahabatan, untuk berjalan sehingga ke akhir kehidupan.
Sumber artikel:陈国强《为自己加油!》,文桥传播中心有限公司