Tentang Rumah Victory 

Bagaimana Rumah Victory Membantu Penagih Dadah untuk Berhenti:

1. Persekitaran dan Kemudahan (Kejadian 5:11-22)
Dengan bangunan seluas 20,000 kaki persegi, Rumah Victory terletak di tanah seluas 6 ekar. Fasiliti yang tersedia termasuk gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton berbumbung, gereja kecil, pejabat, ruang makan, asrama, bilik mandi, bilik darjah, ruang renungan rohani, perpustakaan, gymnasium dan kawasan penternakan.

2. Pengasingan dan Kawalan (Mazmur 23; Amsal 3:7)

  1. Jauhkan diri daripada dadah, rakan yang terlibat dengan dadah, dan kawasan yang terdedah kepada dadah.
  2. Telefon bimbit tidak dibenarkan. Hanya boleh menggunakan telefon di pusat untuk bercakap dengan ahli keluarga selama 10 minit pada setiap Sabtu.
  3. Ahli keluarga dibenarkan untuk melawat selama 30 minit pada jam 3 petang setiap Ahad. Rakan-rakan hanya boleh melawat setelah mendapat persetujuaan daripada ahli keluarga.
  4. Aktiviti pagi yang dijadualkan: senaman syukur dan pujian.
  5. Aktiviti sukan yang dijadualkan: bola keranjang, badminton, gim, pingpong, bola sepak, dan sukan lain.
  6. Kerja fizikal yang dijadualkan: membersihkan kawasan, mengurus kebun sayur, dusun, ternakan, memotong rumput, memasak, dan berkebun.

3. Pengajaran dan Latihan (Lukas 2:52; Mazmur 119:105)

  1. Menggunakan pengajaran alkitab sebagai asas untuk pembangunan holistik (akal, fizikal, rohani, sosial).
  2. Memahami bahaya dadah dan cara membina kehidupan serta keluarga yang bahagia.
  3. Khutbah mingguan dan ceramah khas.
  4. Renungan rohani berkumpulan dan kelas harian selama 3 jam.
  5. Memberi latihan teologi asas, kelas misi pendek, penjagaan masyarakat, kursus keluarga dan menjadi pejuang antidadah.
  6. Bergilir-gilir untuk menerima latihan bekerja di Victory Café.
  7. Mengadakan latihan dalam talian untuk ibu bapa pada jam 7:15pm setiap Ahad.

4. Pendampingan dan Kaunseling (Yosua 1:1-9)

  1. Penyelia, pendeta, ketua, dan kakitangan mendampingi pelatih 24 jam sehari, supaya mereka dapat belajar dan bertumbuh bersama.
  2. Setiap pelatih mempunyai kakitangan sebagai pendamping utama. Isu yang lebih kompleks akan dirujuk kepada penyelia, pendeta atau ketua.
  3. Melahirkan pejuang antidadah.

5. Peraturan dan Disiplin (Amsal 3:11-12; Ibrani 12:5-6)

  1. Mematuhi jadual harian, termasuk waktu bangun pagi dan tidur malam.
  2. Tidak boleh bermalas-malasan. Tugasan mesti diselesaikan tepat pada waktunya.
  3. Tidak boleh menggunakan bahasa kasar. Mesti bersopan dan saling menyayangi.
  4. Membina rumah Victory yang penuh dengan persahabatan dan kasih sayang.

6. Ibadah dan Pelayanan (Mazmur 95:1-7; Ibrani 10:25)

  1. Menghadiri ibadah setiap hari Ahad.
  2. Menyertai pelayanan gereja dan belajar komitmen dalam pelayanan.
  3. Menyampaikan visi pengabdian dan memperluas pelayanan pemulihan dadah melalui Injil.
Sumber: Harian Sin Chew, 06/10/2023

About the author