Saya masuk tidur pada 10 malam selepas mengambil ubat dan bangun pada 10 pagi keesokan hari. Setengah hari telah berlalu dalam tidur dan rehat. Selepas bangun, saya pun makan sarapan dan membuat kerja rumah. Selepas makan tengah hari bersama isteri saya, saya pun bergegas ke sekolah untuk mengajar.
Norma hidup saya tertukar disebabkan oleh penyakit. Saya pernah mengeluh, merungut dan berasa kasihan pada diri sendiri. Namun begitu, dengan rahmat Tuhan, penyakit saya dapat dikawal oleh ubat-ubatan dan semangat untuk menulis artikel terus kembali. Saya menulis kebanyakan artikel selepas makan malam. Saya tidak boleh melenggah-lenggah kerana saya hanya mempunyai dua jam setiap malam dan hujung minggu untuk menulis. Oleh itu, saya perlu memanfaatkan masa saya.
Saya sedar terdapat pelbagai pesakit di dunia ini. Banyak perkara dapat dilakukan jika mereka berazam. Contohnya, Lin Xinzi dari Taiwan, yang mempunyai penyakit rheumatoid arthritis, tidak pernah berputus asa dan menulis banyak artikel yang menggalakkan dan mempengaruhi ramai orang sama ada yang sakit atau sihat. Kita sememangnya tidak ada alasan untuk menangguhkan kerja. Sejarah telah membuktikan pelbagai contoh yang menggambarkan kesusahan itu rahmat yang menyamar. Ia bagai air mata yang bertakung di dalam botol dan suatu hari ia akan melembapkan hati kamu bagai air sungai.
Kesusahan melahirkan banyak perkara yang menakjubkan. Pianis yang hebat, Paul Wittgenstein, kehilangan tangan kanan di perang dunia pertama. Dia hanya menggunakan tangan kirinya untuk memainkan “Konsert untuk Tangan Kiri”. Beethoven mencipta beberapa karya yang penting hanya selepas dia menjadi pekat. Martin Luther menterjemah Alkitab semasa menyembumikan diri di dalam Istana Wartburg. “Don Quixote” ditulis oleh Miguel de Cervantes Saavedra ketika dia dipenjarakan.
O.Henry ialah penulis cerita pendek yang masyhur. Dia menghasilkan pelbagai cerita pendek semasa dia dipenjarakan selama lima tahun. Hellen Keller yang pekak, bisu dan buta juga tidak berputus asa dan mempelajari pelbagai bahasa. Akhirnya, dia menjadi seorang penulis dan penceramah yang mengubah hidup ramai orang. Semua contoh ini memberitahu kita satu fakta: walaupun mengalami kesusahan atau kesakitan, kita tiada alasan untuk menangguh atau berputus asa.
Peribahasa Inggeris berkata: “penangguhan itu pencuri masa”. Penangguhan sebenarnya adalah melarikan diri dari realiti dan menunggu untuk membuat perkara apabila keadaan lebih sesuai. Itu ialah alasan yang tidak munasabah. Tiada orang yang mengetahui sama ada esok ialah hari cerah atau hari hujan. Kita hanya mempunyai detik saat sekarang. Oleh itu, kita perlu menghargai setiap waktu. Kita perlu menggalakkan diri sendiri untuk menyelesaikan perkara dan bukan menangguhkan. Tiada yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad dan azam untuk berjaya.
Sumber artikel: 温财达著《生命的枕头》The Bridge Communication SDN. BHD, 7/2016