
Selain penurunan berat badan, puasa berselang-seli juga membawa manfaat kepada paras gula, tekanan darah, lemak darah dan sebagainya. Namun, puasa berselang-seli juga akan menimbulkan reaksi badan, terutama pada permulaan. Keadaan yang sering berlaku adalah seperti berikut:
Haus: Ramai orang akan berasa haus kerana tidak memperolehi air daripada makanan. Oleh itu, minum air secukupnya.
Lapar: Perut senang berasa lapar pada permulaan proses berpuasa berselang-seli.
Gangguan emosi: Pengawalan makanan dan emosi adalah berkaitan kerana makanan akan mempengaruhi pengeluaran hormon dopamine dan serotonin di dalam badan.
Makan secara berlebihan: Individu cenderung makan secara berlebihan selepas berpuasa. Ini bukan sahaja menyebabkan masalah pencernaan malah juga menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan dan menjadi gemuk.
Keletihan, masalah tidur: Puasa juga membawa tekanan kepada badan dan menyebabkan masalah tidur.
Sumber artikel:Harian Sin Chew《hello doktor》,02/09/2021