Apa Yang Boleh dilakukan oleh Lelaki Apabila Wanita Berasa Tertekan? (2) 

Dia Merasa Tidak Selamat

Wanita boleh tiba-tiba dipenuhi dengan keraguan. Dia mungkin bertanya, “Adakah kamu benar-benar mencintai aku?” atau “Bagaimana pendapatmu tentang diriku?” Jika lelaki mendengar soalan seperti ini, jangan menganggapnya remeh. Ini adalah petanda bahawa emosinya sedang tidak stabil.

Pada saat ini, wanita kehilangan keyakinan terhadap dirinya sendiri dan mengalami perasaan tidak selamat. Lelaki tidak boleh cuba memberikan penjelasan logik untuk menghilangkan keraguannya. Dia bertanya bukan kerana ingin mendengar jawapan yang betul, tetapi kerana dia mencari rasa selamat daripada anda.

Jika dia bertanya: “Adakha aku nampak gemuk tak?”

Jangan jawab seperti ini:
“Memang badanmu tidak setinggi model, tetapi mereka pun tidak semula jadi cantik. Mereka sengaja berdiet.”
“Kamu tak perlu diet, aku tak kisah semua itu.”
“Kalau kamu benar-benar nak kurus, lebih baik dapatkan nasihat pakar.”
“Kalau kamu kerja bersama aku, dalam masa singkat kamu pasti puas hati dengan bentuk badanmu.”

Sebaliknya, jawablah seperti ini:
“Menurutku, kamu wanita paling cantik. Aku suka kamu seperti ini.” (Sambil memberinya pelukan erat.)
“Sayang, kamu nampak sangat menawan. Inilah dirimu yang sebenar.” (Jangan lupa beri pelukan!)

Jika dia bertanya: “Adakah kamu rasa kita serasi? Adakah kamu masih mencintaiku?”

Jangan jawab seperti ini:
“Oh, aku rasa kita masih dalam fasa menyesuaikan diri. Masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan.”
“Masa akan menentukan segalanya. Itulah sebabnya kita terus berpacaran.”
“Kalau aku tak cinta, buat apa kita bersama selama lebih setahun?”
“Berapa kali kamu tanya soalan ini? Kita sudah berbual mengenainya berkali-kali.”

Sebaliknya, jawablah seperti ini:
“Ya, aku sangat mencintaimu. Kamu adalah wanita paling istimewa dalam hidupku.”
“Ya, kamu adalah wanita paling menawan yang pernah aku kenali.”
“Ya, setiap hari aku mencintaimu lebih daripada semalam.”
“Ya, semakin aku mengenalimu, semakin dalam cintaku padamu.”

Sumber: 约翰·格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社.

About the author