Apakah itu Sahabat? 

Sahabat ialah Cermin Diri Sendiri

Sifat-sifat sahabat kita sukai dan tidak sukai akan mencerminkan sifat kita sendiri. Selain itu, sahabat biasanya lebih jelas dengan apa yang berlaku. Pandangan dan kritikan sahabat dapat mencerminkan kelebihan dan kelemahan kita.

Sahabat ialah Tempat Kita Bergantung Semangat

Manusia ialah makhluk sosial. Oleh itu, manusia dilahirkan dengan naluri memerlukan teman, hidup berkumpulan dan saling berkongsi saat suka dan duka. Kawan-kawan dan interaksi antara manusia akan memperkayakan hidup kita.

Kawan Sentiasa Sedia Menolong

Manusia tidak dapat hidup bersendirian kerana tiada manusia yang bermahakuasa. Kita memerlukan bantuan orang lain untuk saling melengkapi, seperti berkongsi beban kerja, meyelesaikan masalah, saling membantu dan sebagainya. Jika ada orang yang berkata dia tidak memerlukan kawan, dia bukan menipu diri sendiri. Ternyata tertimbul masalah psikologi di dalamnya.

Dag Hammarskjold, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pernah berkata: “Apa yang membuat kesepian menjadi penderitaan bukanlah bahawa tidak mempunyai orang untuk meringankan beban, tetapi hanya mempunyai beban sendiri yang harus ditanggung. Perkerjaan dijadikan ubat bius untuk mengelakkan kesepian. Buku dijadikan barang untuk berinteraksi dengan orang.”

Setiap kali selepas membaca kata-katanya, saya lagi pasti dengan kehendak hati. Saya semakin menghargai sahabat dan saya lagi sudi untuk memberi bagi membina hubungan persahabatan yang ikhlas.

Kawan-kawan, pada pendapat anda, apakah itu sahabat?

Sumber artikel:《你可以约会了吗?》
Penulis:叶万寿

About the author