
Kita biasa menghakimi atau menilai orang lain berdasarkan pendapat dan kedudukan sendiri. Adalah sukar untuk kita memahami perasaan seseorang kerana kita mengalami situasi yang berbeza. Sebenarnya, kita hanya dapat merasai kesusahan dan kedukaan orang lain apabila kita melihat hal dari sudut orang lain.
Orang yang Mementingkan Diri Tidak Disukai
Orang yang hanya berfikir untuk diri sendiri tidak akan memperolehi persahabatan yang ikhlas. Dia hidup dalam dalam dunia sendiri dan mengutamakan diri sendiri. Dia sering berasa orang lain terhutang dan bersalah terhadapnya. Orang sebegini biasanya berpendapat dia tidak bersalah dan senang bergaul dengan orang lain. Namun begitu, situasi adalah tidak sama sesekali.
Orang sebegini tidak sedar bahawa dia tidak disukai kerana sikap mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa terhadap orang lain. Bagaimana dia boleh dihormati oleh orang lain?
Orang yang mementingkan diri dan hanya berfikir untuk keuntungan diri sendiri tidak akan mempunyai sahabat yang ikhlas. Jika kita bertimbang rasa untuk orang lain, mereka juga akan berbuat begitu untuk kita. Tentulah kita tidak boleh berharap apa-apa yang diberikan akan mendapat pulangan yang sama. Kadang-kadang kamu tidak akan mendapat apa-apa pulangan tetapi biasanya kamu akan mendapat pulangan yang lebih lumayan.
Kita perlu berfikir untuk kebaikan orang lain apabila menghadapai masalah kerana ia sama seperti berfikir untuk diri sendiri. Berfikir untuk orang lain adalah satu nilai moral yang perlu dilengkapi. Dunia ini pastinya akan menjadi sangat cantik jika setiap orang berfikir untuk kebaikan orang lain.
Sumber artikel:《为自己加油!》
Penulis:陈国强