Apakah hadiah yang paling baik dapat diberi oleh kita?
Ini adalah soalan yang bagus.
Apabila kita berfikir tentang jawapan kepada soalan ini, kita mungkin akan memberi pelbagai jawapan, iaitu hati ikhlas, pujian, minda yang cerdas, kehormatan, cinta dan sebagainya. Tapi jawapan yang paling menarik yang pernah saya dengar adalah “masa”.
Terdapat seorang kawan yang putus cinta pada masa seketika. Untuk menghiburkan hatinya yang dukacita, sekumpulan kawan telah mengajaknya keluar pergi melawat ke merata-rata tempat untuk mengalihkan perhatiannya dari perasaan yang dukacita.
Seminggu kemudian, seorang rakan memberitahuya,” Hantarkan semua bil pembelanjaan kita kepadan teman lelaki kau yang dulu dan buatkan dia bayar.”
Dia bertanya,”Kenapa?” “Membayar yuran berpisah!” jawab mereka.
Dia menjawab dengan nada yang sedih,” Dia tidak mampu bayar kerana saya telah memberikan masa yang terindah dalam hidup saya kepadanya.”
Wahai kawanku, kita selalu berpendapat bahawa wang dan bahan mahal boleh mengimbangi dan mewakili perasaan cinta kita terhadap orang tersayang kita. Namun, sebenarnya apa yang diperlukan sebenarnya adalah persahabatan yang sebenar dan masa berkunjung bersama.
Seperti ramai ibu bapa menggunakan wang yang banyak supaya anak-anak menerima pendidikan yang terbaik dan suasana yang paling selesa. Tetapi pada hakikatnya, apa yang mereka perlukan hanya adalah kasih sayang daripada ibu dan bapa.
Biarlah kita menghadiahi orang tersayang kita dengan hadiah yang terbaik di dunia.
Apabila kita benar-benar memberikan masa kepada orang yang kita tersayang, kita akan mendapat balasan di luar jangkaan kita.