Cabaran Ibu Bapa Zaman Kini! 

Adakah ia begitu susah untuk menjadi ibu bapa yang baik pada zaman kini? Saya pernah menanya seribu orang ibu bapa satu soalan pada beberapa tahun yang lepas. Saya minta mereka menceritakan perkara yang paling tidak dapat ditahan oleh mereka dalam proses mendidik anak-anak. Saya pun terima pelbagai laporan yang tidak munasabah dan kelakar, contohnya, telefon dan tempat duduk tandas yang sentiasa basah dan kesusahan mengikat tali kasut. Seorang ibu pula tidak dapat bertahan dengan anaknya yang sambil berjalan dan sambil muntah. Dia berfikir: “Bukankah semua orang tahu pergi ke tandas untuk muntah?”

Tinjauan saya menunjukkan bahawa bukan semua ibu bapa dapat menerima kerenah anak mereka, malah mereka sentiasa menyalahkan diri sendiri. Mereka berkata: “Saya tidak dapat bertahan lagi!”Mereka tidak tahu apa yang boleh dibuat dan hilang keyakinan dalam mendidik anak. Walaupun mendidik anak merupakan amanah suci yang tradisional namun kini ia telah menjadi satu beban yang menderitakan. Hakikatnya, masih ada ramai ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak mereka dengan bersungguh-sungguh. Kita seharusnya memberi sokongan dan pengesahan kepada ibu bapa atas pengorbanan dan sumbangan mereka. Dengan mengalami pelbagai kesusahan dan kekeliruan dalam proses mendidik anak, akhirnya, ibu bapa dapat menikmati kenangan yang manis hasil usaha mereka.

Ibu bapa yang dikasihi, bertahan untuk sektika lagi! Anak-anak kamu akan besar dengan sekelip mata.

Sumber artikel:Focus on the Family Malaysia

About the author