Cinta yang Tidak Berbelah Bahagi 

Salah satu definasi untuk cinta adalah hubungan yang kukuh dengan satu pasangan sahaja serta rela memberi kebaikan kepada pasangannya. Dengan ringkasnya, ia adalah tidak berbelah bahagi.  

Tidak berbelah bahagi merupakan satu personaliti. Orang yang tidak berbelah bahagi mempunyai mentaliti yang lebih matang. Dia tahu apa yang dia perlukan dalam satu hubungan dan dia juga tahu perkembangan suatu hubungan. Boleh dikatakan ia ialah “keyakinan diri”. Sebaliknya, orang yang mempunyai konsep yang kabur dalam satu hubungan memiliki ciri-ciri berikut: sentiasa berubah-ubah, benci yang lama dan suka yang baru, kesukaran memilih, suka keseronakan dan takut akan kebosanan.

Tidak berbelah bahagi merupakan satu sikap. Sikap mencerminkan nilai diri, nilai hidup dan nilai cinta. Sesetengah orang memahami persepsi terhadap cinta dan perkahwinan, contohnya, setia kepada pasangannya dan menubuhkan keluarga sendiri. Mereka dapat menghadapi hubungan yang kusam dengan lebih mudah. Sebaliknya, sesetengah orang berada dalam kekeliruan dan hanya ingin berkencan. Mereka tidak mempunyai matlatmat yang jelas dalam hubungan percintaan dan senang berubah-ubah.

Tidak berbelah bahagi ialah satu perjanjian. Perjanjian melambangkan hasrat dan motif kamu. Perjanjiaan dapat memberi status kepada pasangan dan hubungan kamu. Apabila kamu mengesahkan seseorang itu teman lelaki atau teman wanita kamu, ini menunjukkan kamu tidak ada kekasih lain di dunia ini. Pada masa yang sama, ini juga menunjukkan kamu seorang yang menghargai hubungan. Sekiranya kamu ingin memulakan hubungan yang baru, kamu perlu mengakhiri hubungan yang sedia ada terlebih dahulu.  

Tidak berbelah bahagi ialah pengekalan diri. Ada sesetengah orang berlaku curang untuk memenuhi kemegahan diri atau untuk menunjukkan daya tarikan sendiri atau disebabkan terikut dengan sikap nafsu yang tinggi. Selain itu, perkembangan internet menambah godaan kerana boleh berkenalan dengan yang berlainan jantina dengan senang. Satu hubungan boleh bermula dan berakhir dengan cepat.  Cinta masa kini memerlukan pengekalan diri yang kuat.

Sumber aritikel: 伍咏光著《恋爱出事的理由》,The Bridge Communication SDN. BHD.

About the author