Kebanyakan orang yang mempunyai hidup yang tidak seperti yang diinginkan sentiasa merungut. Mereka berhasrat untuk menukar keadaan sekarang dan mempunyai hidup yang lebih baik. Namun begitu, orang sebegini sering merungut dan tidak berani untuk menukar keadaan asal. Mereka bimbang akan kehilangan kesemua apabila mereka meninggalkan atau melepaskan apa yang sedia ada.
Walaupun merungut, hidup perlu diteruskan dan hidup mereka akan berakhir dalam rungutan. Kemungkinan ini gambaran untuk orang yang mempunyai hidup yang tidak seperti yang diinginkan. Mereka ingin menukar, tetapi terperangkap dalam fikiran lama. Akhirnya, mereka kembali ke keadaan asal.
Jika kamu tidak berazam untuk menukar hidup asal kamu, maka kamu tidak berhak untuk merungut. Ini adalah kerana kamu sudi untuk hidup sebegini. Kamu perlu menukar cara hidup dan membuat perkara yang berlainan untuk menukar hidup asal kamu. Kamu perlu menggunakan pemikiran baru untuk menukar pandangan hidup dan berani untuk membuat pengorbanan. Ini bermaksud, kamu perlu menyerahkan apa yang kamu sedia ada sekarang untuk mencipta masa depan yang kamu hasratkan. Kamu mungkin tertanya: “Bagaimana masa depan saya jika saya menyerahkan apa yang sedia ada sekarang?” Masa depan kamu ditentukan oleh apa yang kamu buat sekarang. Kamu akan mempunyai masa depan yang cerah asalkan kamu bertekad.
Ingatlah bahawa perubahan yang berterusan dapat menukar hidup. Walaupun perubahan itu susah, hasil perubahan adalah cantik. Beluncas yang berani keluar dari kepompong akan mejadi rama-rama yang cantik. Berudu yang mengalami perubahan akan menjadi seekor katak yang tangkas. Janganlah terperangkap dalam hidup yang tidak diinginkan. Marilah kita berjalan keluar dari hidup lama!
Sumber artikel:《为自己加油!》
Penulis:陈国强