Kasih Philia 

Selain tidak boleh mempunyai hubungan seks sebelum kahwin, apakah piawaian tentang kasih yang boleh ditetapkan di antara sepasang kekasih?

Philia adalah kasih persahabatan atau kasih persaudaraan; cinta yang romantis tidak dapat mengekalkan hubungan, hanya kasih persahabatan atau kasih persaudaraan dapat mengekalkan satu hubungan. Satu perkahwinan adalah tidak matang jika kasih philia belum dibentuk. Kawan ialah orang yang kamu ingin meluangkan masa bersama-sama, kamu menikmati penemanannya, menyukai ciri-cirinya, orang yang boleh bermain dan bekerja bersama-sama. Kamu berdua mempunyai minat yang sama. Kamu dicintai bukan kerana kamu dapat berkongsi. Tetapi dengan berkongsi, kamu dapat membina cinta yang berlainan. Dalam cinta ini, wujudnya penemanan, komunikasi dan kerjasama.

Saya mendapati banyak kes penceraian yang berpunca daripada ketiadaan kasih philia di antara suami isteri dan mereka tidak tahu bagaimana untuk memupuknya. Kasih persaudaraan di antara pasangan dapat bertumbuh dengan sihat jika pasangan sudi meluangkan lebih masa untuk membina hubungan ketika berpacaran. Apabila kasih philia (yang juga dikenali sebagai kasih persaudaraan) terbentuk, kasih di antara pasangan masih dapat dikekalkan walaupun kasih romantis telah hilang. Malangnya, terdapat sebahagian orang yang tertagih kepada “keseronokan” dan “keterangsangan” yang dibawa oleh kasih romantis. Apabila kasih romantis hilang, dia akan berasa susah hati, melarikan diri dan mencari hubungan yang baru untuk mendapat keseronokan.

Sumber artikel:诺曼•莱特著,罗育龄译《神啊,谁是我的理想伴侣》,宇宙光

About the author