Lobak Merah, Telur, Kopi 

Nia mengadu kepada bapanya tentang kehidupannya yang susah. Dia tidak tahu bagaimana untuk menangani hidup dan berasa putus asa. Dia sudah letih untuk perjuangan dan pertempuran hidup. Masalah baru akan tertimbul selepas satu maslah diselesaikan.

Bapa Nia ialah seorang tukang masak. Dia pun membawa Nia ke dapur. Dia memasukkan air ke dalam tiga periuk dan meletakkan mereka ke atas dapur gas untuk mendidihkan air. Dia memasukkan lobak merah ke dalam periuk pertama, telur ke dalam periuk kedua dan serbuk kopi ke dalam periuk ketiga. Dia rendam mereka dalam air didih dan tidak berkata apa-apa.

Nia tidak faham apa yang dilakukan oleh bapanya dan melihatnya dengan tidak bersabar. Selepas 20 minit, bapanya memadamkan gas. Dia mengeluarkan lobak merah dan meletakkannya di dalam satu mangkuk. Kemudian, dia mengeluarkan telur dan meletakkannya di dalam satu mangkuk lagi. Seterusnya, dia menuangkan kopi ke dalam satu cawan. Selepas siap, dia berpaling dan menanya anak perempuannya: “Anak, apakah yang kamu nampak?”

“Lobak merah, telur, kopi!” Nia menjawab. Bapa Nia minta dia mendekati dan menyentuh lobak merah. Nia mendapati lobak merah telah menjadi lembut. Kemudian, bapanya menyuruhnya mengambil telur dan mengupas kulit telur. Nia ternampak sebiji telur rebus. Akhirnya, bapanya menyuruhnya menikmati kopi yang wangi. Nia tersenyum dan menanya bapanya: “Bapa, apakah maksud semua ini?”Bapanya menerangkan:

            “Ketiga-tiga barang ini mengalami kesusahan yang sama, iaitu air didih, tetapi mereka mempunyai reaksi yang berbeza. Lobak merah yang keras menjadi lembut dan lemah selepas dididih. Telur ialah bahan yang mudah pecah. Namun kulitnya yang nipis melindungi cecair di dalamnya. Selepas dididih, cecair di dalamnya menjadi keras. Serbuk kopi ialah barang yang sangat istimewa. Selepas dididih dalam air, ia menjadi cecair.

Kesimpulan:

Kemungkinan kamu sedang mengendali pelbagai hal ehwal dan menghadapi pelbagai cabaran. Kamu dapat mengendali sesetengah hal dengan baik tetapi tidak dapat mengendali hal lain dengan begitu tangkas.

Kita boleh cuba menyesuaikan diri dengan suasana jiwa, pendapat dan pandangan sendiri dan menyambut setiap cabaran hidup dengan optimistik. Hakikatnya, jika kita menerima setiap cabaran dengan hati yang tabah, kita dapat menghadapi setiap kesukaran dengan berani.Semoga hidup kamu wangi seperti aroma secawan espresso. Sumber

aritkel:超越,34季刊

About the author