Mengajar Anak Menghadapi Kegagalan 

Cara yang paling baik untuk mengajar anak-anak untuk berjaya adalah dengan mengajar mereka cara untuk menghadapi kegagalan. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap tingkah laku dan kata-kata mereka di depan anak-anak, terutamanya apabila menghadapi kegagalan. Adakah kita memberi imej bahawa kita ialah manusia yang sempurna dan tidak pernah terbuat salah? Atau kita boleh memberitahu mereka: “Minta maaf. Saya tersalah!” Jika kita tidak mencapai sesuatu yang diingini, contohnya, satu jawatan baru, adakah kita akan menggunakan alasan palsu untuk menyamar emosi kita? Ataupun kita akan mengakui bahawa terdapat orang lain yang lebih sesuai untuk jawatan tersebut? Ibu bapa perlu mengakui kelemahan dan kegagalan sendiri di depan anak-anak. Anak-anak tidak akan menghina kamu disebabkan kegagalan yang dihadapi.

Apabila anak-anak melihat ibu bapa tidak dapat mencapai apa yang diingini, namum dapat menghadapi diri sendiri dan orang lain dengan tenang, ini dapat membantu pertumbuhan mereka dan menjalin hubugan antara ibu bapa dan anak. Anak-anak dapat mempelajari bahawa kita tidak akan memperolehi kemenangan setiap kali dan kegagalan adalah sebahagian hidup. Kesimpulannya, mengajar anak kita untuk mencapai kejayaan adalah ideal, tetapi lebih penting adalah untuk mengajar mereka cara menghadapi kegagalan.

Sumber artikel:Focus on the Family Malaysia

About the author