Cadangan yang paling baik adalah tidak memberi apa-apa cadangan. Ramai lelaki akan menanya saya cara yang terbaik untuk menolong isteri mereka yang mengalami ketidakstabilan emosi seiring kitaran haid. Biarlah saya berkongsi pengalaman saya pelajari ketika memberi perkhidmatan kaunseling.
Seorang wanita akan menelefon ke pejabat saya tepat setiap 28 hari untuk meluahkan perasaan. Dia sering memberitahu saya dia berasa murung, sedih dan emosinya yang tidak stabil. Dia seolah-olah tidak memahami bahawa ketidakstabilan emosi ini adalah berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon ketika kitaran haid.
Saya menerangkan kepadanya dengan bersungguh-sungguh: “Perkara akan bertukar baik selepas beberapa hari!” Saya mendapati semakin saya berusaha untuk memberi kaunseling, dia akan berasa semakin teruk. Akhirnya, pada suatu hari, saya menyedari wanita ini bukan mencari saya untuk mendapat cadangan atau jawapan. Dia cuma ingin tahu bahawa di dunia ini ada orang yang dapat memahami perasaannya.
Oleh itu, saya pun bagi wanita tersebut merasai bahawa saya juga bersetuju dan memahaminya. Saya duduk di sana, mendengar dengan senyap dan biarkan dia meluahkan perasaan. Pada mulanya, wanita itu akan memberitahu saya dia berasa tiada harapan, murung dan tidak tahu apa yang boleh dibuat. Selepas tamat perbualan, dia menyelap hingus sambil menyelap air mata dan berkata: “Oh! Saya sudah berasa lebih baik. Saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan jika saya tidak berbual dengan kamu.” Sebenarnya, saya hanya bagi dia merasai bahawa saya juga kasihan dan memahaminya. Ini sudah mencukupi.
Oleh itu, saya dapati pada kebanyakan masa, perkara paling baik yang boleh dilakukan oleh seorang suami ialah mendengar suara hati isterinya dengan senyap dan biar isterinya tahu bahawa dia juga mengambil berat, memahami dan menyokongnya. Mendengar dengan senyap adalah lebih baik daripada memberi seribu cadangan.
Sumber artikel:爱家杂志