Meraikan Hari Bapa 

Hari Ahad ini ialah Hari Bapa. Bagaimana kamu menyambut Hari Bapa? Apakah hadiah yang diberikan kepada bapa? Di sini ada tujuh cadangan sebagai rujukan.

Kemungkinan hubungan kamu dengan bapa perlu dipulihkan. Ataupun kamu dan bapa tidak tinggal di tempat yang sama. Ataupun di dalam ingatan kamu, bapa tidak pernah menyatakan “saya sayang kamu”, malah meninggalkan kesedihan dan kesusahan dan dia tidak pernah minta maaf atas kesilapan yang dilakukan. Namun begitu, apa yang pasti adalah: dia ialah bapa kamu!

Alkitab berkata: “Hormatilah ibu bapamu, supaya lanjut usiamu di bumi yang Tuhan, Allahmu, kurniakan kepadamu.” (Keluaran 20:12). Perintah ini adalah senang untuk sesetengah orang. Tetapi perintah ini ialah satu cabaran kepada orang lain pula. Kami memcabar kamu untuk menuruti perintah ini untuk menyayangi dan menghormati bapa kamu. Ini bukan sahaja dapat memberkati bapa kamu, malah juga memberkati diri sendiri.

Berikut ialah 7 cadangan untuk meraikan Hari Bapa:

  1. Meluangkan masa untuk menemai bapa untuk membuat perkara yang dia suka. Contohnya: makan bersama, bermain catur, pergi membeli-belah atau menemaninya untuk menonton TV sambil berbual-bual.
  2. Mengatakan atau menghantar mesej teks: saya cinta kamu. Jangan meremehkan tiga perkataan ini.
  3. Menulis surat atau kad kepada bapa untuk menyatakan kasih, kenangan dan sumbangannya.
  4. Membeli satu biji kek dan meraikan bersama ahli keluarga.
  5. Memberi satu hadiah yang dia sukai dan bukan hadiah yang kamu ingat dia sukai. Kamu boleh mengetahui kesukaan bapa dengan merujuk kepada ibu atau ahli keluarga yang lain.
  6. Membawa bapa pergi melancong jika badannya masih sihat.
  7. Memberi satu pelukan kepada bapa walaupun kamu tidak pernah berbuat begitu.
Sumber artikel:http://production.lifejiezou.com/article/fu-qin-jie-ma-shang-dao-liao-7chong-fang-shi-wei-fu-qin-qing-zhu

About the author