Menurut laporan berita, melahirkan anak merupakan hasrat setiap ibu. Ibu sanggup mengorbankan masa, tenaga, wang malah nyawa untuk melahirkan anak. Selain kehamilan semula jadi, mereka juga sanggup menggunakan cara bayi tabung uji atau inseminasi buatan semata-mata untuk mendapatkan seorang anak.
Lagu “Hanya Ibu Paling Baik di Dunia Ini” merupakan lagu Cina yang biasa. Semasa kecil, pengkarya lagu pernah menanya ibunya dengan naif: “Mengapa ibu mencintai saya?”. Ibu memeluknya dan memberitahunya: “Hanya kerana kamu anak perempuanku.”
Alkitab berkata: “hormatilah ibu bapamu”- iaitu perintah pertama yang disertai dengan janji.
Dari mencuci baju, menyidai baju, memasak dan membersihkan rumah, mana satu ibu yang bercuti pada Hari Buruh Sedunia? Penulis berpendapat tangan ibu yang kasar merupakan tangan yang paling cantik.
Adakah kamu akan menghadiahkan ibu seperti bunga, kek, barang kemas atau kerusi urut sempena Hari Ibu yang akan menjelang? Atau keluar menikmakti makanan sekeluarga?
Hakikatnya, orang tua tidak mengharapkan hadiah. Mereka memerlukan prihatin dan kasih sayang. Penemanan anak-anak dan cucu-cicit merupakan ketenangan yang terbaik.
Tidak kisah sama ada kamu sudah berkahwin, sudah mendirikan keluarga sendiri atau sibuk bekerja, sila meluangkan masa untuk menjenguk ibu bapa. Prihatin dan penemanan merupakan cara terbaik untuk menghormati ibu bapa.
Ibu bapa penulis telah meninggal dunia dan tidak ada peluang lagi untuk menemai mereka. Segala kerinduan hanya dapat diluahkan dengan sejambak bunga pada Hari Ching Ming.
Sumber artikel: 管炳中,Harian Sin Chew, 20190507