Seorang perempuan dari negara China tiba-tiba diminta oleh penemuduga untuk pergi membeli teh susu. Dia menolak permintaan tersebut dengan tenang dan menyatakan sebab menolaknya. Namun begitu, akhirnya dia berjaya dilantik ke jawatan.
Menurut laporan berita, seorang graduan universiti menghantar banyak resume untuk mencari pekerjaan. Akhirnya, dia dipanggil oleh sebuah syarikat untuk temuduga. Semasa sesi temuduga, penemuduga menanyanya, “Apakah tahap kemahiran komunikasi anda?” Dia pun menjawab dengan penuh keyakinan bahawa dia mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Seterusnya, penemuduga tidak bertanya soalan yang berkaitan dengan kerja, tetapi bertanya: “Bolehkah kamu pergi membeli teh susu?”
Pada mulanya, perempuan itu terkejut atas permintaan yang begitu aneh, tetapi, dengan tenang dan sikap yang tegas, dia menolak permintaan penemuduga, “Saya meminta maaf kerana saya perlu menolak permintaan kamu. Saya datang ke syarikat ini bukan untuk membeli air atau teh. Selain itu, saya masih bukan pekerja syarikat ini. Saya berpendapat saya perlu memberi tumpuan sepenuh hati dalam setiap perkara yang saya buat. Saya datang untuk menemu duga, oleh itu saya perlu selesaikan temu duga ini dengan baik.”
Penemuduga itu tidak berasa marah selepas permintaannya ditolak, malah dia tersenyum dan berkata “walaupun kamu menolak permintan saya, kamu telah menunjukkan sikap yang baik dan membuktikan kamu mempunyai tindak balas spontan yang baik.” Akhirnya, perempuan ini berjaya dilantik ke jawatan.
Sumber artikel:Harian See Hua, 09/03/2022