Satu,
Jangan menunggu sehingga memerlukan cinta barulah menjejakinya.
Hidup adalah seperti drama, kita terlepas apa yang terindah dalam penungguan. Seperti lagu yang dinyanyikan,” Buatlah apa yang betul dalam masa yang betul kerana kebahagiaan sentiasa berada di sisi mu. Jikalau terlepas dan barulah kita cuba mengekalkannya, hanya kekesalan yang tertinggal.”
Dua,
Jangan menunggu sehingga berada dalam kesunyian barulah mengenangi kawan. Apa maksudnya kawan? Kawan yang sebenar tidak akan sesekali meningalkan dan mengkhianati anda. Seorang kawan yang benar sudah cukup dalam kehidupan. Apabila dalam kesunyian atau kesusahan, kawan yang sebenar adalah pendengar yang terbaik. Mereka tidak merasai kebebanan tetapi apa yang ada hanyalah hati yang ikhlas.
Tiga,
Jangan menunggu sehingga mempunyai pangkat barulah rajin bekerja. Ada sebahagian orang sentiasa menuggu kerja yang mereka rasa senang dan akhirnya berkesal dengan penungguan mereka yang sia-sia saja. Dunia ini penuh dengan cabaran. Asalkan anda rela rajin bekerja, di mana-mana pun ada kerja yang dapat memuaskan hati anda.
Empat,
Jangan menuggu sehingga menghadapi kegagalan barulah mengingati nasihat dan teguran orang lain. Marah merupakan talian bantuan dan ubat yang baik rasa pahit. Kebanyakan orang suka mendengar umpatan kerana umpatan itu lebih merdu daripada nasihat. Tetapi sehingga mereka menghadapi kegagalan, barulah mereka sedar umpatan itu sebenarnya tiada gunanya.
Lima,
Jangan menunggu sehingga menghidap penyakit hanya menyedari bahawa hidup itu rapuh…hidup itu rapuh. Anda mungkin tidak pernah sedari apabila semut yang terpijak mati di bawah kaki anda. Anda mungkin berlegar di pinggir kehidupan. Mengapakah tidak menghargai kehidupan sendiri?
Enam,
Jangan tunggu sehingga perpisahan barulah menyesal tidak pernah menghargai pertalian tersebut. Mengapakah kita baru sahaja menghargai sesuatu setelah perpisahan? Hal ini kerana tiada sesiapapun yang sempurna. Mempunyai hati pengampun, berbuat baik kepada orang lain adalah sama seperti untuk merawat diri sendiri.
Tujuh,
Jangan tunggu sehingga seseorang menghargai anda barulah anda percaya pada diri sendiri. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekuatan mereka. Keyakinan pada diri sendiri merupakan kunci kepada kejayaan. Jikalau kita menunggu sehingga mendapat penghargaan orang lain, saya takut ianya sudah terlalu lewat, kerana hidup kepunyaan anda dan ianya hanya sekali, tidak ada kitaran.
Lapan,
Jangan tunggu sehingga orang lain membetulkan kita barulah kita sedari kesalahan. Malah, ia adalah keberanian untuk mengakui kesilapan dan tiada sesiapa yang berani mengetawakan anda, tetapi dihormati oleh orang lain. Semua orang mempunyai kesalahan, ada sesetengah orang baik dengan penyembunyian kesalahan sendiri dan ada sesetengah orang berani untuk mengakuinya.
Sembilan,
Jangan tunggu sehingga kaya baru bersedia untuk membantu golongan miskin. Membantu orang lain adalah suatu amalan yang baik dan disanjungi orang. Anda tidak semestinya merasakan kegembiraan semasa kaya kerana pendermaan anda kepada yang lain tidak semestinya diterima.
Sepuluh,
Jangan tunggu sehingga menghadapi kematian barulah menyedari bahawa kita harus menghargai kehidupan. Hidupan itu indah, mengapakah kita sia-siakan kehidupan kita. Hidupan itu adalah seperti sungai yang panjang, tiada kesudahannya. Ia tidak akan berubah kerana penyakit dan kematian anda.
Menghargai kehidupan bermakna menghargai sendiri,
Kerana kehidupan akan juga ditamatkan dengan sempurna pada akhir sekali.