Tahap “Eksklusif” dalam Bercinta 

Selepas beberapa lama berkenalan dan berhubungan, anda akan merasakan bahawa pasangan anda mungkin menjadi teman hidup anda. Ini bermakna anda telah masuk ke tahap eksklusif. Pada tahap ini, anda hanya menumpu perhatian kepada pasangan anda dan cuba mengelakkan pertemuan romantik dengan orang lain.

Sebelum ini, hubungan anda mungkin berada di tahap percubaan, di mana anda cuba mengenal pasti sama anda benar-benar sudah jatuh cinta dengan pasangan anda. Kini, anda berdua telah mempunyai hubungan asas yang tertentu. Oleh itu, anda berdua lebih mudah membuka hati dan jatuh cinta.

Pada tahap ini, ramai pasangan secara tidak sedar, melepaskan peluang untuk menikmati kebaikan pasangan mereka dan juga melepaskan peluang untuk menunjukkan kebaikan masing-masing. Mereka cenderung untuk menjadi lebih selesa dan tidak lagi berhati-hati dalam menunjukkan kebaikan diri, sebaliknya mula menonjolkan banyak kelemahan. Tetapi anda perlu ingat, tahap ini masih terlalu awal untuk bersikap demikian! Pada tahap ini, anda masih perlu berhati-hati dan berusaha keras untuk melakukan perkara-perkara kecil yang kelihatan remeh tetapi sebenarnya romantik dan akan menyentuh hati pasangan anda.

Selepas memasuki tahap eksklusif, pasangan sering kali menjadi terlalu yakin dengan perasaan satu sama lain. Hubungan yang terlalu stabil membuat mereka berasa selesa dan mula membuat tuntutan kepada pasangan mereka. Secara khususnya, lelaki mungkin merasa dia telah berjaya mendapatkan wanita itu dan tidak lagi berusaha untuk mencipta suasana romantik; sementara wanita pula mempunyai harapan yang lebih tinggi terhadap lelaki itu, mengharapkan dia memahami perasaannya. Ini adalah kerana dia berfikir “dia sudah menyatakan cintanya kepada saya, dia hanya mencintai saya seorang, oleh itu, dia mesti memahami dan mengambil berat tentang saya”.

Pemikiran kedua-dua pihak yang berbeza sering kali membawa kepada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Sumber artikel:约翰•格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社

About the author